Persiapan Untuk Temuduga Kerja
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 18-11-2009
13
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Di akhir-akhir tahun ini banyak sekali jawatan kosong yang memerlukan anda untuk mengisi kekosongan tersebut. Dalam usaha untuk mendapatkan jawatan yang anda pohon, sudah pasti anda berdepan dengan temuduga kerja terlebih dahulu sebelum benar-benar anda menghadapi alam pekerjaan sebenar. Jadi jangan ambil mudah. Cuba isikan diri anda dengan perkara-perkara di bawah:
- Buat kajian mengenai syarikat atau organisasi yang anda ingin pergi temuduga.
- Cari sedikit maklumat berkenaan dengan gred jawatan yang anda pohon.
- Senaraikan soalan-soalan yang bakal ditanyakan kepada anda.
- Update resume anda jika perlu
- Susun sijil-sijil anda mengikut turutan yang dikehendaki (selalunya memang begini)
- Tolong buat pengesahan tarikh, waktu dan tempat temuduga anda selewat-lewatnya 2 hari sebelum anda hadiri temuduga.
- Pakaian paling kemas (baju kurung + berkasut bagi wanita, baju kemeja putih + seluar hitam + bertali leher dan berkasut hitam)
- Yakin dengan diri anda.
- Doa banyak-banyak agar dipermudahkan urusan.



