Posts tagged "Guest Relation Officer"

Tiada Alasan Untuk Jadi Guest Relation Officer

Salam sejahtera buat anda semua.

Satu artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama. Saya terbaca penulisan Us. Zaharuddin Abdul Rahman dalam ruangan kolumnis di Harian Metro berkisar tentang kerjaya sebagai Guest Relation Officer. Bunyinya seakan jawatan kerja yang tinggi dan lumayan. Sememangnya itulah class bagi mereka yang bekerja sebagai GRO. Kerja memberikan layanan terbaik dan menerima bayaran terbaik.

Jika dilihat kepada jawatannya, dilihat bahawa bidang tugasnya adalah sebagai individu yang mempunyai tanggungjawab sosial seperti menyambut tetamu, memberikan layanan dan membina hubungan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Namun realitinya cara dan kaedah dalam melaksanakan bidang tugas telah menjadikan kerjaya ini tidak memenuhi batasan agama dan undang-undang.

Sekalipun segalanya perlukan wang namun masih banyak jalan untuk mendapatkan rezeki Allah SWT di muka bumi ini. Jangan menggunakan platform anda sebagai manusia yang tinggi nilainya dengan membina hubungan yang tidak sepatutnya.

Dalam hal ini kita sewajarnya menyeru pekerja dalam sektor haram sebegitu dan yang lainnya untuk segera bertaubat dan bukan memberi mereka masa seolah-olah kerjayanya boleh diterima dengan hujah inginkan perubahan dengan kesedaran dan bukan dipaksa.

Fakta sebenar di dalam ilmu Islam, perkara haram dilarang kerana ia memudaratkan diri dan orang lain, ia mesti dihentikan serta-merta tanpa tangguh.

Sesiapa saja yang ingin memberi motivasi dan membetulkan keadaan tidak boleh berlagak kononnya ingin memahami kesukaran petugas GRO, menjaga hatinya lalu sewenangnya ‘memberi tangguh’ sedang Allah dan Rasul-Nya tidak memberi tangguh dalam hal maksiat. (Petikan dari Harian Metro)

2 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline