Pesan Rasulullah Di Hari Raya

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 20-09-2009

0

masjid_nabawiGesaan supaya solat raya

Dari Ummu ‘Athiyah r.a., katanya: “Rasulullah saw. menyuruh kami pada hari raya Idul Fitri dan ‘Idul Adha supaya membawa wanita-wanita muda dan para gadis dan wanita haid sekalipun, supaya keluar kelapangan untuk solat ‘Id. Adapun wanita haid mereka tidak ikut solat, tetapi ikut merayakan serta mendoa bersama-sama kaum muslimin. Katakan kepada Rasulullah saw., “Di antara mereka ada yang tidak punya baju untuk menghadirinya.” Jawab Rasulullah saw. “Suruh pinjam baju saudaranya.”

Bergembira di hari raya

Dari Aisyah r.a.: Abu Bakar datang kepadanya sedang Nabi s.a.w. di dekatnya pada hari raya Fitri atau Adha. Dan di dekat Aisyah ada dua orang biduanita yang menyanyikan lagu orang Ansar di hari Buats (hari atau tempat yang dirayakan sebelum Islam). Abu Bakar berkata: “Bunyi-bunyian syaitan”. Dikatakannya dua kali. Sabda Nabi: “Biarkanlah keduanya (keduanya melagu dan memetik gitar) hai Abu Bakar! Tiap-tiap kaum ada hari rayanya. Dan hari raya kita hari ini”.

Perbanyakkan bersedekah

Abu Said al Khudri bercerita, katanya: “Pada hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri, Rasulullah saw. keluar rumah pergi ke tempat solat. Beliau lalu ke tempat kaum wanita solat dan di situ beliau bersabda: “Hai, kaum wanita! Bersedekahlah kamu sekalian. kerana saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak di antara penduduk neraka. Mereka bertanya, “Sebab apa, ya, Rasulullah?” Jawab Rasulullah saw., “kerana kamu sekalian banyak mencerca orang dan engkar kepada suami. Saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih merosakkan hati laki-laki yang cermat, selain daripada kamu sekalian.” Tanya mereka,”Kurang bagaimanakah akal dan agama kami,ya,Rasulullah?” Jawab Nabi,”Bukankah kesaksian kaum wanita seperdua kesaksian kaum lelaki?” Kata mereka,”Betul!” Jawab Nabi.”Itulah salah satu bukti bahawa akalnya kurang. Bukankah apabila wanita itu haid, dia tidak solat dan tidak pula puasa?” Jawab mereka,”Betul!” Sabda Nabi saw. “Itulah salah satu bukti bahawa agama mereka kurang.”

Berzakat fitrah pada hari raya

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya: “Di masa Rasulullah saw. kami pernah mengeluarkan (zakat fitrah) berupa segantang makanan pada hari raya Idulfitri. Kata Abu Said, “Pada hal makanan kami (ketika itu) gandum, buah anggur, dadih (susu yang telah diasamkan) dan kurma.”

Sumber Hadis : Hadis Online

Jangan Lupa Zakat Fitrah

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 16-09-2009

1

janganlupazakat
Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ketika ini kita semua sibuk dengan dua perkara yang biasa kita akan lakukan ketika hampir raya. Pertama kita semua sibuk untuk balik kampung. Maklumlah ramai di antara kita semua asalnya dari kampung. Jadi pada waktu inilah masanya untuk kita berjumpa sanak saudara di kampung.

Kedua kita akan sibuk dengan persiapan raya. Hari Raya Aidilfitri cuma setahun sekali. Sudah tentu persiapannya pun mesti luar biasa. Dengan langsir, kuih raya, baju raya yang hampir beberapa pasang.

Cuma kalau boleh sebelum kita selesaikan dua perkara penting di atas jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah. Zakat yang wajib untuk semua umat Islam. Jangan kita buat perkara yang harus tetapi terlupa untuk membuat perkara wajib. Nanti bila dah masuk hari raya, konon-kononnya nak ambil waktu afdal tetapi akhirnya terlupa sehingga terlupa bayar langsung.

Sedikit info tentang zakat fitrah:

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Sumber: www.e-zakat.com.my

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.