Metodologi Menangani Stres (4)

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 03-03-2010

9

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tekanan kerja sememangnya menjadi punca utama anda stres bukan? Bagaimana  jika tahap stres anda ketika ini berada di tahap kemuncak? Bukan mudah untuk anda menghilangkan tekanan itu. Jika saya memberikan sehelai kertas putih untuk anda menghilangkan tekanan anda ketika itu, agak-agaknya apa yang anda lakukan?

Berkemungkinan tindakan berikut mungkin berlaku kepada:

  • Jika anda tertekan kerana dimarahi bos, saya pasti kertas putih itu anda gunakan untuk melukis wajah orang yang anda benci kemudian membuat tanda pangkah pada wajahnya.
  • Mungkin juga anda akan menggumpal sahaja kertas itu dengan menganggap itu adalah beban berat yang anda pikul dan kemudian membuang kertas itu bersama masalah yang anda hadapi.
  • Atau mungkin anda membakar kertas itu, kerana itulah api kemarahan anda yang sedang meluap-luap.
  • Anda mengoyakkan kertas itu dengan kasar dengan membayangkan protes anda terhadap bebanan kerja yang anda terima.
  • Berkemungkinan juga anda akan mengambil pensil, kemudian menikam kertas putih dengan agresif.

Saya bertanya kepada anda, bagaimana anda rasa selepas itu? Adakah semua tekanan anda berkurangan dan masalah kerja anda berkurangan? Anda ada jawapannya. Sebenarnya sehelai kertas putih memberikan banyak makna kepada anda ketika anda stres. Kebarangkalian di atas adalah amat tinggi untuk anda lakukan ketika sedang stres. Terutamanya hyperstress.

Sebenarnya kertas putih itu anda perlu gunakan ia untuk anda menulis apa punca kepada stres anda dan senaraikan seberapa banyak cara untuk menangani masalah anda. Tidak ramai yang mampu melakukannya. Menyenaraikan punca stres dan masalah sampingan yang menekan keadaan anda. Bukankah itu lebih baik? Tekanan kerja perlu dihadapi dan ditangani dengan cara berdepan bukan cara melarikan diri dari masalah kerja anda kerana ianya akan lebih memburukkan situasi tersebut. Berhadapan masalah akan mematangkan usia pekerjaan yang anda ceburi. Bahkan anda akan lebih bersedia menerima cabaran dan hakikat bahawa dalam dunia pekerjaan banyak yang perlu anda terokai dan fahami. Jadi jangan takut pada stres. Selamat mencuba!

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.