Posts tagged "info-info kerjaya"

Inovasi Industri Kecil Di Padang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Empat hari lepas saya baru pulang dari trip ke Padang, Sumatera Barat. Rehlah untuk percambahan minda telah membuka mata saya tentang rakyat Indonesia yang jauh dari sangkaan saya. Penduduk di Padang keseluruhannya menjalankan kehidupan untuk mencari rezeki dengan pertanian memandangkan tanahnya yang subur.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda semua bahawa penduduk Padang sangat inovasi dalam menghasilkan produk mereka. Bayangkan mereka mampu menghasilkan pelbagai jenis kerepek dari hasil bumi yang anda sendiri tidak terfikir untuk mereka lakukan. Anda tengoklah sendiri.

kerepek jagung

kerepek jering

kerepek kulit lembu

kerepek labu

kerepek sawi

kerepek lala

muruku pulut hitam

pisang salai

Saya teringat seorang sahabat pernah beritahu saya bahawa inovasi akan lebih berkembang pada lokasi yang kehidupannya lebih mendesak. Seperti di Padang, industri kecil berkembang dengan baik sekalipun petempatan penduduk tidak semewah di tempat kita. Rasanya kerjaya berasaskan pertanian perlu diperluaskan di negara. Lihat sendiri bagaimana revolusi produk di negara jiran untuk dapatkan idea inovasi.

===================================================

Jika anda ingin mengetahui tentang Padang: Klik sini.

3 comments - What do you think?

Peluang Pekerjaan Untuk Anda

Sekadar ingin membuat sedikit pengumuman kepada anda. Jika sedang atau masih mencari kerja-kerja kosong anda boleh klik sini untuk subscrice emel kerja-kerja kosong terkini untuk 2009 dari sektor kerajaan dan sektor swasta. Dan sekiranya anda adalah pengunjung utama blog ini sejak dari awal anda akan mendapat sedikit sebanyak info untuk memilih pekerjaan yang sesuai untuk anda.

Saya amat menggalakkan kepada anda di luar sana yang berstatus ‘fresh graduate’, atau yang masih ingin mencari pekerjaan yang lebih menjamin untuk mendapatkan info-info kerjaya di sini. Sekadar membantu yang terdaya untuk anda.

Be the first to comment - What do you think?

Anda Dan Kerjaya

Adakah anda sedang bekerja? Atau mungkin anda tengah mencari kerja? Apa pun jawapannya bekerja adalah sesuatu yang diimpikan. Jika anda seorang pelajar, anda sebenarnya sudah mengimpikan kerja yang bakal anda lakukan. Bahkan ketika kecil pun guru selalu bertanya apakah cita-cita kita? Cita-cita yang kita angan-angankan kita itu sebenarnya adalah kerjaya yang ingin kita capai.

Kerjaya adalah yang dekat dengan diri anda. Kerjaya adalah umpama matlamat kepada kehidupan. Tanpa kerjaya yang baik mana mungkin kita semua dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan di dunia ini. Dengan kata mudah tanpa kerjaya belum tentu dapat mendirikan rumah tangga, dapat membina keluarga yang baik, beli handphone baru dan yang paling penting ialah duit poket sendiri. Tanpa ada kerjaya tidak mungkin anda dapat memiliki yang lain.

Setiap daripada anda akan mengalami proses dalam membina kerjaya. Sama ada bekerja dengan swasta atau dengan swasta atau mungkin juga bekerja sendiri. Semua akan bekerja. Oleh kerana itu apabila seseorang telah tamat pengajian amat resah apabila masih belum dapat kerja. Ditambah jumlah 40 ribu hingga 50 ribu penganggur di Malaysia pada tahun ini maka sudah tentu anda jua termasuk dalam jumlah ini. Lebih membimbangkan apabila terpaksa dibuang kerja atas sebab kejatuhan ekonomi sudah tentu memberikan impak besar kepada diri.

Sebagaimana yang dialami oleh seluruh dunia sekarang ini, semua orang inginkan kerja dan membina kerjaya. Kerana kehidupan dunia sememangnya menuntut manusia bekerja sebagai asbab usaha untuk mendapat sesuatu yang diinginkan.

Fakta yang tidak dapat disangkal kita menghabiskan sebahagian besar dalam hidup kita bersama kerjaya yang kita ceburi. Jika anda mula bekerja pada umur 25 tahun, anda menghabiskan 33 tahun hanya untuk kerjaya. Dalam tempoh ini sudah tentu anda menikmati kehidupan yang selesa berbanding dengan mereka yang tidak bekerjaya. Apa yang penting perlu memilih kerjaya yang sesuai dengan diri anda kerana kerjaya yang bukan kerana minat, sukar untuk bertahan lama. Jika dilakukan kerja tersebut bukanlah dari potensi yang sebenarnya sebaliknya hanya atas desakan dan tanggungjawab semata-mata.

7 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline