Posts tagged "Jabatan Imigresen"

Pegawai Imigresen Pertama Punan

Siapa kenal dengan Felicia Alow? Namanya tidak gah seperti nama-nama artis atau celebriti yang anda kagumi. Tetapi bagi saya beliau sekarang sudah boleh berbangga dengan diri kerana merupakan pegawai pertama dari suku kaum Punan di Bintulu, Sarawak.

Felicia yang baru berumur 28 tahun, merupakan anak Punan pertama yang menjawat jawatan bertaraf penguasa di Jabatan Imigresen. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pas Penggajian jabatan itu, Felicia bakal ditempatkan di Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang memiliki bangunan serba moden. Kalau dahulu Melayu boleh berbangga kerana semuanya untuk Melayu tetapi sekarang persaingan dalam bidang kerjaya dalam sektor kerajaan lebih terbuka.

Menurut Felicia, etnik Punan Sarawak yang berjumlah 50,000 orang adalah berbeza daripada kaum Penan walaupun kedua-duanya merupakan penghuni tebing sungai-sungai di negeri itu. Gadis lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini kelihatan segak dalam persalinan seragam putih Jabatan Imigresen. Berwajah manis, kulit Felicia putih bak telur dikupas.

Di hati saya Felicia akan menjadi satu inspirasi kepada suku-suku kaum yang lain di Sarawak dan di Sabah bahawa jika berusaha dan berani mencuba tiada apa yang mustahil untuk dikatakan. Peluang tidak selalu terhidang di depan mata. Dan pastinya kita sebagai golongan majoriti di Malaysia patut berasa malu jika masih termenung dan menunggu peluang lalu di depan mata baru nak bertindak. Atau lebih parah lagi walaupun peluang dah terhidang tetap tidak mahu menyambarnya.

 

3 comments - What do you think?

Pendatang Haram Di Sektor Haram

Laporan daripada Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin atau Program 6P memberikan statistik bahawa 327,991 pendatang asing yang tidak berdaftar bekerja dalam sektor yang tidak dibenarkan kerajaan Malaysia. Ini kerana pekerja warga asing hanya dibenarkan untuk bekerja di negara ini dalam sektor perkilangan, peladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

Hasil pemantauan menunjukkan bahawa begitu ramai warga asing yang bekerja di sektor perlombongan, bengkel kereta, restoran makanan segera, gerai, nelayan, pengedar surat khabar dan mencuci kenderaan. Bahkan ada di antara mereka yang telah bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada orang lain.

Amat menyedihkan apabila gejala ini telah lama dikesan di negara kita tetapi tidak dapat dibendung lantaran isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti. Maka pihak berwajib seperti Jabatan Imigresen perlu segera mencari jalan bagaimana menangani isu ini sebelum jmlah yang sedia ada menjadi lebih ramai. Jumlah pekerja asing di negara kita sudah mencapai 2.4 juta. Jangan terus biarkan warga asing membina empayar kerjaya di tanah air kita sendiri.

Be the first to comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline