Posts tagged "kakitangan kerajaan"

Selamat Hari Pekerja

Apa khabar anda yang bekerja?

Hari ini pastinya jalan raya sesak teruk kerana mengambil peluang untuk bercuti sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun. Tambahan pula hari ini merupakan last day Kuala Lumpur Internatitonal Book Fair pastinya ia antara sebahagian destinasi bercuti sambil mencari bahan bacaan untuk menambah ilmu.

Anda juga adalah sebahagian warga kerja yang bercuti hari ini. Kalau nak dinilai cuti sehari sememangnya tidak berbaloi dengan kerja yang teruk anda lakukan sepanjang tahun. Kederat yang diperah, buah fikiran yang disumbangkan untuk organisasi tidak memadai untuk dinilai dengan sehari. Namun Hari Pekerja adalah sebahagian pengiktirafan bahawa jika tiada mereka yang bekerja, dunia ini akan jadi huru-hara. Jasa dan pengorbanan anda diiktiraf seluruh dunia.

Ambillah ruang hari ini untuk merehatkan minda tentang kerja. Berfikir tentang kerja sahaja pastinya stres menguasai diri setiap hari. Betulkan apa yang patut, susun apa yang perlu dan rancang sebaiknya supaya kualiti kerja anda selepas cuti ini akan meningkat. Tambahan pula cuti Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, beruntung bagi mereka yang berada di Pantai Barat dapat menikmati lagi sehari cuti pada hari Isnin.

Hakikat cuti bekerja sebenarnya hanya pada jawatan anda di pejabat organisasi anda.Tugas sebagai ahli keluarga tiada istilah cuti. Bahkan bagi mereka yang bekerja sendiri juga ruang cuti bagi kakitangan kerajaan dan swasta ini diambil sebaik mungkin untuk bertemu dan mengembangkan bisnes. Untuk anda semua yang bergelar pekerja saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan pastikan anda bukan sekadar bekerja tetapi juga beramallah dengan pelbagai bentuk kebaikan supaya berjaya di dunia dan di akhirat.

3 comments - What do you think?

Bonus Dalam Kerja

bonusBonus! Sememangnya dinanti oleh setiap mereka yang bekerja. Tidak kiralah apa jua kerja yang anda lakukan. Selalunya kita melihat selepas bajet tahunan negara kita, pastinya yang amat dinantikan oleh mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.

Bonus dalam kerja bukan sekadar wang yang diterima. Namun dari sudut motivasi kerja, bonus umpama ‘booster’ untuk memberikan ransangan kepada pekerja untuk terus menikmati keghairahan dalam bekerja. Bonus diberikan sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kerja yang anda lakukan bertungkus-lumus untuk majikan anda. Bonus juga bermaksud majikan berkongsi keuntungan yang diperolehinya kepada anda.

Bonus selalunya kerajaan berikan dalam bentuk wang. Namun mungkin dari sudut yang lain bonus boleh diberikan dalam bentuk inisiatif yang lain, seperti kenaikan elaun-elaun tertentu, kenaikan pangkat, pakej pelancongan bagi pekerja cemerlang dan hari keluarga sedikit sebanyak membantu menaikkan tahap motivasi anda sebagai pekerja.

admin: Bersyukur pada Allah kerana dapat bonus semalam. Terima kasih pada majikan saya Fitrah Power Resources.

7 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline