Perbaiki Diri Anda

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 18-08-2010

6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain” – I. Salanter Lipkin

Apa yang disebutkan oleh Salanter Lipkin ini adalah sama dengan kata-kata Saidina Umar “Hisablah diri kamu sebelum dihisab oleh Allah dan timbanglah amalan kamu sebelum ditimbang oleh Allah.” Isi penting dalam kata-kata motivasi ini ialah banyakkan merenung kesilapan diri sendiri.

Walau apa pun yang dirasakan dalam hati, logiknya kita perlu juga menilai diri sendiri. Sekalipun orang lain bersalah kita juga bersifat demikian. Jadi mengapa hanya memikirkan kesalahan orang lain dan cuba untuk menjatuhkan mereka. Bagaimana pula jika orang turut melakukan perkara yang sama?

Tetapi jika masing-masing dapat melihat diri sedikit sebanyak mungkin mampu memperbaiki situasi kehidupan masing-masing supaya lebih tidak menyalahkan orang lain dalam segala hal.

Jangan Mensia-siakan Teman

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 13-08-2010

2

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari”- Saidina Ali Karramallahu Wajhah


Begitulah hebatnya teman dalam persaudaraan sesama muslim. Sahabat atau teman bukan mudah untuk ditemui hari ini. Kebanyakannya berkawan tanpa wujud rasa kasih sayang antara satu sama. Bahkan paling menyedihkan apabila berkawan mempunyai niat tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Alangkah ruginya anda apabila mempergunakan keikhlasan persahabatan pada tujuan yang tidak baik.

Lihat bagaimana persaudaraan Rasulullah dan Abu Bakar. Persahabatan yang mempunyai nilai ukhuwah islamiah yang penuh dengan kasih sayang, pengorbanan serta penghormatan antara satu sama lain. Saidina Abu Bakar rela tangannya dipatuk ular kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah yang tertidur di atas ribanya. Bagaimana persahabatan mereka begitu luhur? Pastinya kerana sahabat juga adalah kunci untuk membaca kita ke syurga.

Jangan Terlalu Berani Jika Anda Benar

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 11-08-2010

0

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jika anda sedang benar, jangan terlalu berani dan bila anda sedang takut, jangan terlalu takut. Kerana keseimbangan sikap adalah penentu ketepatan perjalanan kejayaan anda. – Mario Teguh

Satu peringatan yang baik dari seorang motivator terkenal di Indonesia. Dalam semua perkara tidak boleh melampaui batas kerana mungkin akan berlaku sesuatu di luar kemampuan kita sebagai manusia. Jangan ‘overconfident’ dalam setiap keputusan yang anda lakukan kerana terlalu yakin menghilang tawakal anda kepada Allah SWT.

Sebaliknya juga jangan terlalu diselubungi oleh rasa ketakutan yang membelenggu anda kerana pastinya itu semua akan menghalang anda untuk bertindak pada perkara yang betul. Ketakutan akan menghalang anda bertindak rasional. Ketakutan perlu dihadapi dengan melawannya.  Dua sifat ini adalah keseimbangan yang perlu ada dalam diri anda.

Hakikat Kehidupan

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 04-08-2010

1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan” – Harieta Wahab

Siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kedukaan? Dan siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kegembiraan. Allah SWT menjadikan kehidupan satu kursus yang baik untuk manusia membina kemanisan iman dan juga kehebatan akhlak. Oleh kerana itulah kehidupan tidak semestinya diberikan kesenangan semata-mata. Pasti akan ada ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana komitmen kita memegang jawatan hamba Allah ini.

Ujian adalah ibarat peperiksaan di dunia. Jika lulus maka gred manusia akan meningkat dan diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Tetapi jika gagal bukan bermakna anda manusia bodoh atau tidak berguna. Sebaliknya anda masih boleh ulang peperiksaan tersebut pada waktu yang lain.

Kejahatan Dibalas Kebaikan

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 03-08-2010

3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”- La Roche

Begitulah apabila anda ingin menjadi manusia hebat. Melupakan kejahatan yang pernah dilakukan kepada anda. Berikan kemaafan dan bina hubungan baru dengan terus menerus memberi kebaikan kepada orang lain. Bukan perkara mudah untuk dilaksanakan melainkan hati dan jiwa mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Bayangkanlah dalam masyarakat kita hari ini bukan mudah untuk berjumpa manusia yang mempunyai ciri-ciri seperti ini.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w walaupun sudah seribu tahun lebih baginda tetap dikenang sebagai seorang yang hebat dan merupakan pemimpin terulung dunia. Hanya kerana menukarkan racun menjadi madu telah meletakkan baginda di puncak sehingga akhirnya dunia ini.

Motivasi Tidak Akan Berakhir

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 19-07-2010

3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Manusia mengatakan bahawa motivasi tidak akan berakhir dan juga tidak akan hilang. Kerana itulah kita perlu mencari motivasi setiap hari.” – Zig Ziglar

Bagi anda yang merasakan kehidupan berlalu tanpa keseronokkan dan keghairahan dalam pelbagai aspek, sedarilah bahawa motivasi kerja dan motivasi kehidupan sentiasa ada di sekeliling anda. Tinggal lagi anda yang tidak perasan untuk melihat apa yang berlaku.

Setiap hari masalah melanda kehidupan kita menandakan bahawa masa beredar untuk mematangkan kita semua. Bermakna setiap hari jugalah kita memerlukan suntikan semangat dan motivasi bagi membolehkan semua perkara dapat diselesaikan mengikut keupayaan sebenar yang ada dalam diri masing-masing.

Bagaimana Menghilangkan Ketakutan Diri

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 06-07-2010

4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lakukan satu perkara menakutkan setiap hari

Keyakinan dalam diri akan terganggu apabila adanya rasa ketakutan. Ketakutan adalah berpunca dari pemikiran. Maka untuk menghilangkan ketakutan diri tidak dapat tidak anda perlu melatih minda untuk berdepan dengan ketakutan tersebut.

Eleanor Roosevelt seorang motivator terkenal memberikan inspirasi, “Do one thing every day that scares you.” Sekali difikirkan rasanya agak sukar untuk anda menerimanya. Berdepan ketakutan bukan satu perkara yang mudah. Ianya melibatkan persediaan emosi, mental dan juga fizikal.

Namun kata-kata motivasi Eleanor ada juga benarnya. Kerana berdepan dengan ketakutan setiap hari pastinya akan membina mind-setting yang baru. Anda juga akan bertabah untuk pelbagai cabaran yang anda hadapi. Oleh kerana itulah jangan biarkan diri anda dalam zon selesa, kerana zon selesa perlahan-lahan akan membunuh keyakinan diri dan meletakkan anda ke gawang ketakutan.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.