Posts tagged "Kata-Kata Motivasi"

Bagaimana Menghilangkan Ketakutan Diri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lakukan satu perkara menakutkan setiap hari

Keyakinan dalam diri akan terganggu apabila adanya rasa ketakutan. Ketakutan adalah berpunca dari pemikiran. Maka untuk menghilangkan ketakutan diri tidak dapat tidak anda perlu melatih minda untuk berdepan dengan ketakutan tersebut.

Eleanor Roosevelt seorang motivator terkenal memberikan inspirasi, “Do one thing every day that scares you.” Sekali difikirkan rasanya agak sukar untuk anda menerimanya. Berdepan ketakutan bukan satu perkara yang mudah. Ianya melibatkan persediaan emosi, mental dan juga fizikal.

Namun kata-kata motivasi Eleanor ada juga benarnya. Kerana berdepan dengan ketakutan setiap hari pastinya akan membina mind-setting yang baru. Anda juga akan bertabah untuk pelbagai cabaran yang anda hadapi. Oleh kerana itulah jangan biarkan diri anda dalam zon selesa, kerana zon selesa perlahan-lahan akan membunuh keyakinan diri dan meletakkan anda ke gawang ketakutan.

7 comments - What do you think?

Pengaruh Sikap

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sikap kita terhadap kehidupan akan menentukan sikap kehidupan terhadap kita.
“Our attitude toward life determines life’s attitude towards us” - Earl Nightingale

Sesuatu yang sering terlepas pandang  dalam kehidupan ini ialah kita sering menyalahkan orang lain apabila kita menerima sesuatu yang tidak baik. Kita menyalahkan suhu bumi yang semakin meningkat menyebabkan banyaknya fenomena alam yang tidak terjangka, sedang sikap kita yang tidak menjaga alam tidak pula dipertikaikan. Begitulah juga jika diukur pada perkara-perkara yang lain. Segalanya adalah berpunca dari sikap manusia yang tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan

1 comment - What do you think?

Anugerah Bakat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bakat yang kita miliki adalah anugerah dari Tuhan untuk kita, Apa yang dapat kita hasilkan dari bakat tersebut adalah hadiah dari kita untuk Tuhan – Leo Buscaglia

Our talents are the gift that God gives to us, What we make of our talents is our gift back to God.

Kata-kata motivasi yang sangat bermakna. Bercakap tentang bakat mudah sekali tetapi untuk merealisasikan bakat yang Allah berikan rasanya tidak semua mampu. Anda lebih mampu menceritakan 1000 kegunaan pokok kelapa dari menceritakan beribu-ribu kelebihan dalam diri sendiri. Aneh sekali. Hanya kerana tidak mengenali potensi diri manusia semakin hari semakin jauh dengan Pencipta.

7 comments - What do you think?

Impian Dan Tindakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe.”

Untuk mencapai tahap keunggulan, kita jangan hanya bertindak, tetapi juga perlu berimpian,
jangan hanya merancang, tetapi juga perlu percaya – Anatole France

Mengapa perlu berimpian? Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa. Impian akan menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalamberusaha. Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk membina sesuatu di luar kebiasaan. Hanya bermula dari impian akan membuahkan tindakan yang hebat, dari tindakan akan membentuk harapan dan juga nilai kepercayaan pada diri.

4 comments - What do you think?

Arah Tujuan Lebih Utama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kadang-kala jalan yang sedang kamu lalui tidak sepenting arah yang kamu tuju – Kevin Smith
(Sometimes the path you’re on is not as important as the direction you’re heading)

Destinasi adalah arah tujuan yang ingin anda tuju. Berapa jauh pun ia, betapa beronak pun ia, anda tetap akan ke sana. Namun bagaimana anda ingin memulakan perjalanan ke sana adalah berdasarkan kemampuan anda. Jika anda mempunyai jalan pintas ke sana, anda boleh pilih laluan tersebut. Tetapi jika anda hanya mampu melalui jalan yang jauh dan sanggup lambat tiba ke destinasi anda juga memilih jalan tersebut.

Bagaimana cara untuk anda berjaya andalah acuan anda sendiri. Yang penting anda hanya ada satu matlamat untuk tiba ke destinasi dengan selamat dan berjaya.

6 comments - What do you think?

Kejayaan Adalah Hasil Dari Usaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Kejayaan itu dikaitkan dengan perbuatan. Mereka yang berjaya akan terus berusaha. Mereka akan melakukan kesilapan tetapi mereka tidak akan mengalah.” – Conrad Hilton

Kata kunci paling berharga ialah berusahalah untuk berjaya. Jangan menunggu untuk kejayaan tiba. Menunggu kejayaan adalah sesuatu yang tidak mungkin tanpa usaha. Kesilapan dalam berusaha adalah cabaran paling manis sebelum anda mengecapi kejayaan yang diinginkan.

Usaha adalah proses yang membentuk istiqamah dalam diri. Jadi tidak hairan orang yang telah berjaya sebenarnya mereka telah berjaya membina istiqamah dalam diri sekalipun hasil usahanya mungkin tidak sehebat yang diharapkan.

5 comments - What do you think?

Gunakan Akal Berfikir Tentang Kehidupan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan benar-benar hidup.” – Sayyidina Hasan b. Ali

“Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakanmu secara sia-sia.” – Ali Zainal Abidin bin Hussein.

Besarnya nikmat akal yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai penggerak terhadap tindakan yang ingin dilakukan. Jika akal terpandu pada perkara yang baik maka segala tindakan juga akan cenderung kepada kebaikan, tetapi jika akal terdedah kepada perkara buruk maka pastinya tindakan juga akan dipengaruhi oleh keburukan.

Kehebatan akal dijadikan Allah SWT adalah untuk berfikir. Semakin banyak berfikir minda akan semakin aktif dan lebih banyak idea akan dihasilkan. Namun kebijaksanaan para nabi dan rasul minda mereka dipandu oleh ketundukan hati kepada Allah SWT. Itulah yang menjadikan mereka tidak melakukan kemungkaran kepada Allah Tuhan sekalian alam.

4 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline