Cara Pemikiran Anda (2)
“Kebahagiaan hidup adalah bergantung kepada kualiti pemikiran anda. Oleh itu jagalah pemikiran anda baik-baik.” – Marcus Aurelius.

Berfikir menjadi faktor utama dalam membuat pilihan kepada kehidupan sama kebahagiaan yang anda pilih atau sebaliknya. Dari pemikiran akan mencetuskan kesedaran yang akan untuk terus berusaha. Dari pemikiran juga akan menimbulkan prasangka yang boleh menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.
Jangan berfikir umpama katak di bawah tempurung. Namun mana mungkin anda boleh mencedok idea-idea bernas dari luar sedangkan anda tidak pernah mendapat pendedahan dari luar. Pendedahan luar amat penting untuk meransang minda hebat dalam berfikir. Fikiran anda adalah diri anda.Semoga lagu ini dapat memberikan maksud yang lebih jelas kepada kata-kata motivasi hari ini.
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Memiliki Keazaman Yang Kuat
Seorang saintis Barat dan juga seorang pereka Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Saya tertarik dengan kata-kata Edison:
“Genius itu 1% inspirasi dan 99% keringat.”
Pendek sahaja kata-kata motivasi ini tetapi sudah memadai untuk kita menggali maksudnya. Keazaman yang kuat amat penting untuk berjaya. Keazaman yang kuat akan mendorong untuk terus berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Tetapi perlu diingat juga bahawa azam sahaja tidak akan membawa apa-apa kesan melaiankan ia diikuti dengan usaha yang kuat. Cuma azam menjadi titik mula untuk anda memulakan usaha yang berterusan.
Kata-kata Edison ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya seorang yang tidak kenal erti putus asa. Selepas beliau berjaya mencipta lampu elektrik beliau pernah berkata: “Saya tidak gagal. Saya hanya menemui 10000 cara yang tidak mendatangkan hasil.”
Anda Sanggup Bertangguh?
“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.” – Pablo Picasso
Kata-kata motivasi yang sungguh tajam pada saya. Anda sanggup? Kata-kata sinis yang memberikan kesedaran pada kita perlunya menyelesaikan kerja atau amanah secepat yang mungkin. Ramai di antara kita suka bertangguh kerja bukan? Kerja hari ini ditangguh sehingga esok, kerja esok ditangguh lagi sehingga lusa, kerja minggu ini ditangguh minggu depan.
Alamatnya kerja menimbun banyaknya. Tekanan kerja mula terasa. Hanya kerana kita yang tidak menyelesaikannya ketika sedikit. Sekalipun kata-kata ini dari Picasso tetapi Islam terlebih dahulu mengajarkan kita tentang konsep seumpama ini. Fiqh al-awlawiyat adalah cara di mana kita mengutamakan apa yang penting dan Surah Al-Asr sebagai pengajaran kepada masa yang digunakan dengan betul.
Hayatilah masa dengan sebaik mungkin:
Surah Al-Asr
By Al-’Asr (the time).Verily! Man is in loss,Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma’rûf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allâh’s Cause during preaching His religion of Islâmic Monotheism or Jihad)
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan bersama walaupun mungkin perkongsian ini menguntungkan pengarang buku ini. :) Anda pernah membaca buku ini? Bagi mereka yang meminati penulisan Khadijah Ibrahim, buku ini sangat sesuai untuk dibaca. Sebuah buku untuk bacaan santai yang memberikan kemahiran mengenali personaliti diri melalui tulisan.
Alhamdulillah saya sendiri mudah memahami corak personaliti yang ditulis di dalam buku ini. Buku motivasi dengan memberikan anda kemahiran memahami bentuk tulisan dan rahsia di sebalik tulisan anda begitu mengujakan anda.
Buku ini juga disertakan kata-kata motivasi dan contoh-contoh tulisan dari tangan-tangan mereka yang mencipta kejayaan di dunia ini dan menjadi sejarah hebat sehingga kini. Bagi saya ini adalah buku yang harus anda beli untuk meransang diri anda dan potensi diri anda.
Daftar Isi Kandungan
- Panduan 1: Mengenali tulisan anda dan pengaruhnya
- Panduan 2: Ciri-ciri positif untuk berjaya dalam hidup
- Panduan 3: Ciri-ciri negatif yang perlu diperbaiki untuk berjaya
- Panduan 4: Rahsia sudah terbongkar
Tajuk: Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Pengarang: Khadijah Ibrahim
Terbitan: Al-Ameen Serve Holdings, 2007
Halaman: 184 muka surat
Subjek: Grafologi
Harga: RM23
Cara Pemikiran Anda
“Pemikiran itu seperti perut. Apa yang penting adalah apa yang dicernakan bukannya berapa banyak yang dimasukkan.” – A.J Nock.
Wah! Anda juga mungkin seperti saya. Kali pertama saya membaca perumpamaan seperti ini. Pemikiran rupa-rupanya seperti perut. Mungkin agak pelik tapi ada logiknya. Cara berfikir berdasarkan input-input yang melekat pada otak kita. Kita melihat banyak peristiwa di sekeliling kita, kita mendengar banyak tutur kata dan nasihat orang lain terhadap kita tetapi adakah itu semua membantu corak pemikiran kita? Jawapnya ya jika anda mengambil input-input ini dan letakkannya dalam hati anda. Jika input-input ini anda hadamnya sebaik mungkin insya Allah akan membantu anda dalam berfikir dan membuat keputusan.
Tetapi jika hanya melihat dan mendengar tanpa ada penghayatan maka itu semua tidak akan membantu anda sedikit pun dalam corak anda berfikir. Umpama “mencurahkan air ke daun keladi” atau “masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”
Perbuatan Baik Ganjarannya Akan Berterusan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Tiada perbuatan yang baik akan berakhir di situ sahaja. Satu perbuatan baik akan disambung dengan suatu perbuatan baik yang lain. Contoh yang baik akan diikuti. Satu perbuatan yang baik akan menghasilkan akar yang akan bergerak kesemua arah, yang mana akar-akar ini akan tumbuh menjadi pokok baru. Apa yang paling hebat terhasil daripada perbuatan baik terhadap orang lain ialah ia menjadikan orang yang berbuat baik itu baik terhadap dirinya sendiri.”
- Amelia Earhart
Peluang Dalam Kesukaran
“Seseorang yang mudah putus asa melihat kesukaran di dalam setiap peluang, seseorang yang optimis melihat peluang di dalam setiap kesukaran.” – Winston Churchill

Mencipta peluang dalam kesukaran, anda juga pasti bahawa ia bukanlah perkara yang mudah kerana selalunya kesukaran akan memadamkan peluang. Kesukaran akan menumpulkan daya fokus terhadap apa yang anda ingin capai. Mencipta peluang memerlukan kesabaran dan fokus sekaligus. Bukan calang-calang orang jika anda mampu melakukannya.
Putus asa adalah musuh utama kepada matlamat anda. Sikap putus asa akan menghilangkan strategi anda, melunturkan usaha anda, dan juga mungkin juga akan membunuh anda dengan kegagalan.

