Tabiat Memberi Alasan
“99% kegagalan datangnya daripada mereka yang mempunyai tabiat suka memberi alasan.” – George Washing Carver
Kata-kata motivasi yang sangat ringkas, tetapi memberikan maksud yang sangat besar. Terutama bagi mereka yang pernah mengalami kegagalan. Cuba anda lihat dalam suasana masyarakat kita pada hari ini, mengapa kita sering berada di belakang tidak seperti bangsa lain. Lihat sahaja bangsa Jepun, Korea, bahkan Barat mengapa mereka lebih hebat?
Jawapannya kerana bangsa kita, masyarakat kita terlalu banyak memberikan alasan. Andai disuruh untuk mencuba, belum apa-apa lagi mereka memberikan alasan. Alasan adalah langkah pertama mengapa kita banyak gagal. Lihat saja orang lain di luar sana, mereka menjadi perintis kepada pelbagai bidang. Tapi apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita mula merasa cemburu sedangkan sikap memberi alasan itulah yang menyebabkan kita tidak dapat menjadi hebat sebagai mana bangsa lain.
Kurangkan alasan. Mulakan tindakan. Mungkin inilah langkah pertama dalam membina anjakan minda dalam melakarkan kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.
Indahnya Mempunyai Impian
“Saya berada di sini dengan satu tujuan. Dan tujuan tersebut sepatutnya membesar menjadi gunung bukannya mengecut menjadi pasir. Mulai sekarang dan seterusnya saya akan menggunakan segala daya dan upaya saya untuk menjadi gunung yang tertinggi dan saya akan menegangkan potensi saya sehingga ia menangis meminta belas kasihan.” – Og Mandino
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/mempunyai-impian.jpg" alt="mempunyai-impian" width="600" height="344" />
Sungguh indah apabila berdiri di hadapan kita seseorang yang menyebutkan tentang impiannya yang hebat.
Lebih-lebih lagi apabila melihat orang yang mungkin tiada keupayaan untuk melakukannya, tetapi mempunyai impian yang besar untuk diperlihatkan oleh orang lain. Ada sebahagian mungkin berkata, itu sekadar kata-kata sedangkan diri memang tidak mampu untuk melakukannya. Namun pada mata hati saya lebih baik mempunyai impian walaupun diri mungkin tidak mampu melaksanakannya. Sekalipun tidak mampu melakukannya bersendirian, tetapi orang lain pasti akan membantu.
Alangkah teruknya seseorang apabila langsung tidak mempunyai impian untk menjadi yang terhebat. Jauh sekali melihat tindakannya untuk ke arah itu! Tidak mempunyai impian umpama diri yang tiada rasa hormat pada diri. Bahkan anda mula melangkah ke arah kegagalan. Setiap langkah anda mula sumbang kerana anda tidak memikirkan siapa anda di masa hadapan.
Apa yang penting untuk ke alam impian anda, pastikan anda menggunakan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri anda. Gunakan semaksimum mungkin. Keluarkan segalanya yang terdaya. Kerana atas usaha itu nescaya Allah SWT akan memberikan anda ruang untuk mengecapi alam impian anda.
Tidak sukar mengenali potensi diri anda jika anda benar-benar mahu. Tetapi sukar apabila anda sering memberikan alasan pada setiap peluang yang hadir di hadapan anda. Thomas Edison mencuba 10000 kali pada lampu ciptaannya sebelum berjaya. Jadi mengapa anda mengaku kalah di saat belum pun mencuba? Fikirkanlah!
Tawhid & Tamadun
“Tawhidlah yang memberikan acuan, jati diri dan ciri tersendiri kepada tamadun Islam. Ia menyatukan seluruh komponen, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu, harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun.” - Ismail Raji al-Faruqi (Its Implication for Thought and Life)
=========
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/religious.jpg" alt="religious" width="450" height="350" />
Kekuatan dan ketamadunan sesuatu bangsa bukan hanya dinilai dari infrastruktur bangunan yang indah, bukan juga dinilai hanya dari kecanggihan seni pakaian tetapi tamadun sesuatu bangsa dinilai dari jati diri, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Tetapi pada nilaian moden manusia, tamadun dan kemajuan bangsa dilihat pada ketinggian bangunannya, kesesakan lalu lintasnya, tinggi nilai mata wangnya. Memang ini adalah sebahagian ketamadunan. Namun tamadun Islam berpunca dari ketinggian nilai spiritual terhadap Allah SWT, kemuliaan akhlak dalam membimbing masyarakat seluruhnya ke arah misi duniawi dan visi ukhrawi.











