Posts tagged "kata-kata nasihat"

10 Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Menjaga dan menghubungkan ukhuwah amat dituntut dalam agama. Tidak kira anda di tempat kerja, dalam keluarga dan juga bersama sahabat handai, ukhuwah silaturahim mesti dijaga. Saya memetik wasiat Imam Syafie bahawa orang yang menjaga ukhuwah akan mendapat 10 keutamaan:

  1. Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga penduduk langit.
  2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah.
  3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
  4. Dapat menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
  5. Rezeki bertambah dan berkat.
  6. Allah SWT melanjutkan usianya.
  7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
  8. Disegani dan dihormati dalam masyarakat.
  9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
  10. Dapat membina kegembiraan kepada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

2 comments - What do you think?

Prinsip Akhlak Dalam Bekerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.” - Hamka

Kata-kata nasihat dari Hamka sangat dalam jika difikirkan. Betapa akhlak dapat membantu seseorang pekerja berada di atas landasan profession yang betul dan berintegriti. Kerja dengan akhlak tidak akan timbul persoalan tentang curi masa, tuang kerja, kerja sambil lewa, tugasan tertunggak dan pelbagai sifat negatif yang lain kerana akhlak meliputi etika kerja secara automatik.

Akhlak bukan sahaja menjaga peribadi anda dalam bekerja, bahkan akhlak yang baik adalah tanda hubungan anda dengan Allah dan hubungan anda dengan manusia juga dijaga dengan baik.

1 comment - What do you think?

Empat Kategori Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Orang-orang yang sependapat denganku dalam empat kategori tetapi perbuatan mereka berlawanan:

  1. Mereka mengaku sebagai hamba Allah tetapi berbuat seperti orang yang bebas.
  2. Mereka mengaku Allah menjamin rezekinya tetapi hati mereka tidak tenang bila tidak ada kekayaan di tangannya.
  3. Mereka mengaku bahawa akhirat lebih baik dari dunia tetapi mereka hanya mengumpulkan harta untuk dunia semata-mata.
  4. Mereka mengaku bahawa mereka pasti mati tetapi mereka berbuat seperti orang yang tidak akan mati selamanya.

(Syaqiq bin Ibrahim)

Be the first to comment - What do you think?

Kuasa Kemaafan (3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Lebih senang memaafkan seorang musuh dari memaafkan seorang kawan.” – William Blake

Kata-kata nasihat yang sangat bermakna untuk dilihat. Mengapa memaafkan seorang musuh lebih mudah pula berbanding seorang rakan? Hati manusia adalah seketul daging yang lembut dan mudah terasa. Anda tidak kenal seorang musuh, maka apabila dia melakukan kesalahan anda terus boleh memaafkannya. Tetapi apabila seorang kawan yang anda telah kenali dirinya, hati budinya dan kasih sayang, apabila dia melakukan kesalahan pastinya anda merasakan luka yang dalam.

Anda merasakan bahawa kawan yang anda sayangi telah mempermainkan anda dan menipu anda. Pastinya apabila situasi ini berlaku hati manusia yang mudah terasa akan sukar memaafkan orang yang lebih rapat berbanding seorang musuh yang anda tidak kenal dirinya.

10 comments - What do you think?

Perbaiki Diri Anda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain” – I. Salanter Lipkin

Apa yang disebutkan oleh Salanter Lipkin ini adalah sama dengan kata-kata Saidina Umar “Hisablah diri kamu sebelum dihisab oleh Allah dan timbanglah amalan kamu sebelum ditimbang oleh Allah.” Isi penting dalam kata-kata motivasi ini ialah banyakkan merenung kesilapan diri sendiri.

Walau apa pun yang dirasakan dalam hati, logiknya kita perlu juga menilai diri sendiri. Sekalipun orang lain bersalah kita juga bersifat demikian. Jadi mengapa hanya memikirkan kesalahan orang lain dan cuba untuk menjatuhkan mereka. Bagaimana pula jika orang turut melakukan perkara yang sama?

Tetapi jika masing-masing dapat melihat diri sedikit sebanyak mungkin mampu memperbaiki situasi kehidupan masing-masing supaya lebih tidak menyalahkan orang lain dalam segala hal.

7 comments - What do you think?

Jangan Mensia-siakan Teman

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari”- Saidina Ali Karramallahu Wajhah


Begitulah hebatnya teman dalam persaudaraan sesama muslim. Sahabat atau teman bukan mudah untuk ditemui hari ini. Kebanyakannya berkawan tanpa wujud rasa kasih sayang antara satu sama. Bahkan paling menyedihkan apabila berkawan mempunyai niat tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Alangkah ruginya anda apabila mempergunakan keikhlasan persahabatan pada tujuan yang tidak baik.

Lihat bagaimana persaudaraan Rasulullah dan Abu Bakar. Persahabatan yang mempunyai nilai ukhuwah islamiah yang penuh dengan kasih sayang, pengorbanan serta penghormatan antara satu sama lain. Saidina Abu Bakar rela tangannya dipatuk ular kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah yang tertidur di atas ribanya. Bagaimana persahabatan mereka begitu luhur? Pastinya kerana sahabat juga adalah kunci untuk membaca kita ke syurga.

2 comments - What do you think?

Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan” – Harieta Wahab

Siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kedukaan? Dan siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kegembiraan. Allah SWT menjadikan kehidupan satu kursus yang baik untuk manusia membina kemanisan iman dan juga kehebatan akhlak. Oleh kerana itulah kehidupan tidak semestinya diberikan kesenangan semata-mata. Pasti akan ada ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana komitmen kita memegang jawatan hamba Allah ini.

Ujian adalah ibarat peperiksaan di dunia. Jika lulus maka gred manusia akan meningkat dan diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Tetapi jika gagal bukan bermakna anda manusia bodoh atau tidak berguna. Sebaliknya anda masih boleh ulang peperiksaan tersebut pada waktu yang lain.

4 comments - What do you think?

Next Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline