Posts tagged "kemahiran diri"

Kerjaya Sebagai Photographer

photographer-workDahulu sesiapa yang ada kamera, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merakam ‘special moment‘. Kemudian kamera hanya disimpan sehinggalah tiba waktu lain yang ingin dirakamkan. Tapi itu semua masa dahulu. Masa tu penggunaan kamera belum boleh cari makan lagi.

Berbeza sangat dengan sekarang. Jika anda ada kamera yang berkualiti tinggi seperti kamera digital atau yang lebih maju kamera dslr, anda bukan sahaja boleh merakam detik-detik terindah dalam hidup anda. Bahkan anda boleh membina kerjaya. Amatur atau professional, semuanya hanya terpulang pada anda. Tidak sukar untuk membina kerjaya sebagai photographer. Paling utama anda hanya perlu ada kamera sendiri. Harga kamera ikut kemampuan anda.

Hari ini anda tengoklah di luar sana begitu ramai yang jadi juru gambar perkahwinan dengan harga yang sangat berbaloi. Berbekalkan sedikit keyakinan dan kreativiti anda sendiri tidak perlu menunggu lama untuk membina kerjaya ini.

Cuma untuk meningkatkan kemahiran diri anda perlu mempelajari dan mempraktikkan:

Mengenali exposure
Aperture, shutter & iso
Automatic exposure
Sequence, timer, remote
Metering dalam kamera
Kepelbagaian fokus
Depth of field
Format imej, mode warna
Cara penggunaan flash
Teknik potrait, makro, teknik gambar pergerakan

Ini adalah sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mengorak langkah sebagai kerjaya photographer. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga anda boleh menjadi seperti Saifulnang. Apa yang utama, kerjaya sebegini memerlukan latihan demi latihan untuk meningkat kemahiran dan kreativiti anda sebagai juru gambar.

10 comments - What do you think?

Tingkatkan Kemahiran Diri

Bagaimana pencapaian dalam kerjaya anda ketika ini? Adakah cemerlang atau memuaskan atau masih di tahap yang dulu? Bukan senang nak menjadi pekerja cemerlang. Cubalah anda perhatikan rakan-rakan anda yang berjaya. Apakah kelainan yang menyebabkan mereka dipilih dalam anugerah khidmat cemerlang.

Sudah tentu pekerja yang berjaya mempunyai perbezaannya tersendiri. Selain daripada disiplin dan komitmen yang tinggi ditunjukkan, sudah pasti mempunyai kemahiran-kemahiran diri yang dapat menonjolkan dirinya berbanding orang lain. Anda sendiri perlu kembali melihat diri adakah anda mempunyai kemahiran-kemahiran di bawah dan menguasainya dengan baik.

Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai

Kemahiran Fizikal (hard skill)

  • Kemahiran komputer (microsoft office, photoshop, surfing internet dan lain-lain)
  • Kemahiran menaip
  • Trengkas
  • Komunikasi berkesan
  • Pengucapan awam
  • Kemahiran merancang kerja
  • Mampu berbahasa dengan baik
  • Kemahiran mengendalikan mesin

Kemahiran dalaman (soft skill)

  • Seorang yang optimis
  • Teliti
  • Kelakar
  • Integriti dan akauntabiliti
  • Pengurusan masa
  • Bermotivasi tinggi
  • Empati terhadap orang lain
  • Kepimpinan diri yang tinggi

Ini adalah sebahagian kemahiran-kemahiran asas yang perlu ada jika anda mengidamkan diri anda menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Di samping itu anda perlu menampilkan diri dengan kemas dan sensitif terhadap personaliti diri. Mata manusia menilai dari luaran. Walau bagaimana pun kemahiran dan kualiti kerja adalah menjadi kunci utama untuk anda berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang anda ceburi.

Be the first to comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline