Benarkah Peluang Pekerjaan 3.3 juta?
Semalam TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan dari 12 sektor industri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk minyak dan gas. Jika ianya benar seperti yang diumumkan bermakna belia mempunyai peluang yang terbuka di depan mata untuk mempertingkatkan diri dengan kemahiran luaran dan dalaman bagi memastikan peluang yang ada mampu diambil.
“Perkara utama untuk mencapai matlamat itu ialah menjana modal insan dengan kemahiran dan pengalaman supaya sektor ekonomi berkembang pesat dan peluang pekerjaan dapat dipenuhi,” katanya berucap merasmikan Karnival Kerjaya 2012 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), dekat sini, semalam.
Saya berpendapat sebagai belia, anda tetap perlu berusaha menjadi yang terbaik kerana kadar pengangguran setiap tahun juga mencapai hampir satu juta pelajar. Bermakna 3.3 juta peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam tempoh 8 tahun bukanlah kedudukan yang selesa untuk anda. Setiap peluang yang diberikan hanya akan diberikan kepada mereka yang layak dan bekelayakkan sahaja.
Dalam suasana hari ini, kemahiran menjadi fokus utama kerajaan untuk membantu negara dalam membina momentum ekonomi yang lebih tinggi. Namun dalam masa yang sama belia perlu menonjolkan sifat kepimpinan diri dan modal insan yang tinggi sebagai bonus untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik.
Walaupun tahap pengangguran di Malaysia belum mencapai tahap kritikal berbanding negara lain, seharusnya situasi tersebut tidak boleh dibandingkan kerana situasi dalam setiap negara adalah berbeza. Hari ini anda dunia pembelajaran boleh menyebabkan anda berhutang sekitar RM30k -RM70k. Setelah tamat pengajian, anda mula menanggung beban hutang dan mungkin akan disenaraihitamkan. Jadi tidak dapat tidak dalam tempoh 6 bulan anda mesti mendapatkan pekerjaan tetap untuk memperbaiki keadaan hidup yang semakin hari semakin menekan.












