Posts tagged "kerjaya sebagai photographer"

Kerjaya Sebagai Pramugari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Saya pasti ramai remaja meminati kerjaya ini. Kerjaya yang satu-satunya berada di tempat paling tinggi di samping dapat menikmati pandangan awan yang begitu mengujakan. Bekerja dengan gaya penampilan yang mengagumkan anak muda, ternyata kerjaya sebagai pramugari semakin diminati oleh remaja. Imej krew kabin ini sering menonjolkan prestij syarikat penerbangan mereka.

Di Malaysia syarikat penerbangan Mas, Air Asia & Fire Fly adalah antara tiga dominasi dalam peluang kerjaya ini. Sekalipun nampak gah dan unggulnya kerjaya sebagai pramugari dan pramugara ini, namun tidak semudah yang anda semua sangkakan. Seorang krew kabin sepanjang masa perlu menunjukkan identiti mereka. Sebab itu anda lihat mengapa Air Asia memilih warna merah menjadi warna latar belakang kepada syarikat mereka. Warna merah adalah tarikan utama untuk diingati. Bayangkan setiap pramugari mereka memakai warna tersebut sudah pasti memberikan kesan besar kepada pemasaran mereka.

Tahu banyak bahasa

Dari sudut cabaran seorang krew kabin, anda perlu fasih bertutur dalam banyak bahasa. Paling kurang anda fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Tetapi bonus jika anda mampu bertutur dalam banyak bahasa seperti Mandarin, Tamil, Perancis, Arab dan sebagainya.

Senyum adalah penampilan utama

Jika anda berminat menjadi krew kabin pastikan anda seorang yang pemurah dengan senyuman. Sepanjang hidup saya berhadapan dengan krew kabin, bibir mereka tidak pernah lekang dengan senyuman. Sama ada senyuman itu ikhlas, dibuat-buat atau sebagainya itu hal yang kedua. Apa jua yang berlaku pada penumpangnya mereka tetap senyum.

Berikut adalah kelayakan yang perlu anda penuhi untuk menjadi pramugari atau pramugara:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam
    Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
    khidmat pelanggan.

144 comments - What do you think?

Kerjaya Sebagai Photographer

photographer-workDahulu sesiapa yang ada kamera, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merakam ‘special moment‘. Kemudian kamera hanya disimpan sehinggalah tiba waktu lain yang ingin dirakamkan. Tapi itu semua masa dahulu. Masa tu penggunaan kamera belum boleh cari makan lagi.

Berbeza sangat dengan sekarang. Jika anda ada kamera yang berkualiti tinggi seperti kamera digital atau yang lebih maju kamera dslr, anda bukan sahaja boleh merakam detik-detik terindah dalam hidup anda. Bahkan anda boleh membina kerjaya. Amatur atau professional, semuanya hanya terpulang pada anda. Tidak sukar untuk membina kerjaya sebagai photographer. Paling utama anda hanya perlu ada kamera sendiri. Harga kamera ikut kemampuan anda.

Hari ini anda tengoklah di luar sana begitu ramai yang jadi juru gambar perkahwinan dengan harga yang sangat berbaloi. Berbekalkan sedikit keyakinan dan kreativiti anda sendiri tidak perlu menunggu lama untuk membina kerjaya ini.

Cuma untuk meningkatkan kemahiran diri anda perlu mempelajari dan mempraktikkan:

Mengenali exposure
Aperture, shutter & iso
Automatic exposure
Sequence, timer, remote
Metering dalam kamera
Kepelbagaian fokus
Depth of field
Format imej, mode warna
Cara penggunaan flash
Teknik potrait, makro, teknik gambar pergerakan

Ini adalah sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mengorak langkah sebagai kerjaya photographer. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga anda boleh menjadi seperti Saifulnang. Apa yang utama, kerjaya sebegini memerlukan latihan demi latihan untuk meningkat kemahiran dan kreativiti anda sebagai juru gambar.

10 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline