
Semalam saya berjumpa kawan yang tinggal di Selayang. Beliau menceritakan situasi beliau yang terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya yang teruk setiap hari untuk ke tempat kerja. Ya, bukan mudah menghadapi suasana kesesakan yang melampau. Kadang-kadang kesesakan boleh menjadi salah satu sebab anda menerima tekanan ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi jika bekerja di sekitar bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Kota Bharu sudah tentu menuntut kesabaran yang tinggi dari diri anda.
Apa yang perlu anda lakukan untuk menghadapi situasi ini?
Bangun awal ke tempat kerja
Tidak dapat tidak, jika anda ingin mengelakkan diri dari menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk ke tempat kerja anda perlu bangun awal untuk ke tempat kerja. Bangun awal akan menyelamatkan anda dari situasi ini. Bagi yang belum biasa dengan suasana kerja perlu mengambil perhatian bahawa bukan mudah untuk bangun pagi. Tip paling penting untuk bangun pagi, JANGAN TIDUR LAMBAT. Ingat! Jika anda lewat lima minit sekalipun sudah cukup untuk meletakkan anda dalam kesesakan.
Rancang perjalanan
Sekalipun anda mengamalkan sikap bangun awal, kadang-kadang sebagai manusia ada juga kalanya kita terlewat bangun, mungkin kerana keletihan bekerja atau sebab-sebab yang lain. Jika demikian anda perlu tahun jalan-jalan altenatif yang boleh mengelakkan diri anda menghadapi kesesakan trafik yang teruk. Lagi banyak jalan-jalan altenatif yang anda tahu lebih baik.
Pasang CD/stesen radio/mp3
Jika anda sekarang sedang dalam kesesakan trafik, dengarkanlah cd-cd dan mp3 kegemaran anda, lagu-lagu yang dapat memberikan momentum kepada mood anda. Sedikit sebanyak cara ini dapat memberikan anda kesegaran sambil mendengar lagu-lagu kegemaran atau mendengar info-info di stesen radio. Anda juga digalakkan memasang cd-cd Al-Quran ketika kesesakan. Anda bukan sahaja dapat pahala, bahkan hati anda akan rasa lebih tenang untuk ke tempat kerja.
Pastikan penghawa dingin berfungsi
Tip yang ringkas tapi tanpa penghawa dingin yang berfungsi dengan baik dalam kereta anda, menyebabkan suhu badan anda cepat meningkat. Suhu badan yang tinggi akan membuatkan anda cepat marah andai berlaku sesuatu di jalan raya. Tahap kesabaran anda juga cepat menurun.
Bau-bauan yang wangi
Selain itu pastikan juga dalam kereta anda mempunyai ‘perfume’ agar anda lebih selesa ketika berada dalam kesesakan jalan raya. Sebenarnya aromaterapi amat baik dalam memberikan mood stabil kepada diri anda. Kereta yang berbau sudah tentu memberikan anda rasa tidak selesa.
Makanan ringan
Ingat! Terlewat ke tempat kerja boleh menyebabkan anda tidak sempat untuk bersarapan pagi. Jadi pastikan kereta anda sentiasa mempunyai makanan-makanan ringan yang boleh mengenyangkan seperti roti, biskut dan air kotak yang dapat anda jadikan alas perut ketika anda terperangkap di dalam kesesakan. Rasa lapar sangat bahaya kerana rasa lapar manusia cepat hilang sabar dan mudah rasa marah pada orang lain. Adanya makanan-makanan seperti ini boleh membantu anda untuk ‘fast breakfast’