Jangan Jadi Hamba Kerja
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Apa khabar sahabat semua. Maaf kerana agak lama saya biarkan blog ni tanpa posting baru. Rasa kekok kerana meninggalkan rutin harian menulis dan melontarkan idea di blog ini. Lama tidak menulis rasanya hari ini saya ingin berpesan pada diri saya bahawa adakalanya komitmen kerja yang terlalu tinggi juga memberikan ruang yang tidak baik pada diri.
Anda mungkin pelik sedikit dengan kenyataan saya ini. Tidak salah bekerja untuk mencari rezeki. Namun adalah tidak baik juga jika dalam suasana komitmen kerja anda tidak berupaya memberikan 100% pada diri anda. Bukankah itu akan mengganggu kualiti kerja anda juga.
Dalam tempoh posting yang tidak dikemaskini, saya mula berfikir bahawa anda mungkin jadi hamba kerja apabila:
- Tidak dapat memberikan ruang sebaik mungkin pada tubuh badan untuk mendapat rehat yang mencukupi.
- Posisi sebagai ketua keluarga tidak mampu memimpin dengan baik
- Komitmen terhadap keluarga juga berkurangan
- Tidak dapat menziarahi ayah dan ibu sebagaimana biasa
- Amal-amal lain terbengkalai
- Sepanjang masa memikirkan tentang kerja sekalipun di luar waktu pejabat.
- Konsistensi ibadah terganggu kerana kepenatan.
Jadi jika anda mengalami masalah seumpama ini jangan tunggu lama, ambil sedikit masa untuk betulkan kembali ‘alignment’ kerja anda. Jangan biarkan kerja tanpa ‘balancing’ yang betul kerana risau nanti stereng anda bergerak pada satu arah mengganggu kotak pemikiran anda.
Be the first to comment - What do you think?

