Posts tagged "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah"

Guru Sandaran Perlu Ditambah Lagi

Menjelang 2012 tahun depan masih banyak guru yang bertaraf guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diperlukan untuk menampung kekosongan dan kekurangan guru di sekolah. Guru sandaran tidak terlatih akan melalui Kursus PerguruanĀ Lepasan Ijazah Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan.

Sehingga bulan Ogos 2011 yang lepas seramai 7920 guru telah dilantik semula sebagai guru GSTT, tetapi seramai 862 tidak melapor diri bertugas dan hanya 1143 guru yang menyertai latihan dalam musim cuti.

Kerjaya sebagai guru bukan untuk dilihat dari aspek kemudahan yang anda perolehi sahaja. Tugas guru bukan sekadar mengajar. Guru merupakan utusan yang bersedia setiap masa untuk membangunkan anak bangsa dan membina generasi berilmu. Hari ini dilihat bahawa profesion guru sangat popular di kalangan graduan kerana peluangnya yang lebih banyak dan cuti yang banyak.

Guru adalah pembimbing generasi akan datang. Jika anda menjadi guru hanya sekadar untuk keperluan fizikal maknanya anda menzalimi generasi akan datang. Anda perlu membentuk budaya ilmu dalam masyarakat hari ini yang semakin hari semakin terhakis. Kerjaya guru adalah mulia jika anda ikhlas dan sedar bagaimana cara untuk membangun anak bangsa.

12 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline