Jangan Keliru Dengan Matlamat
Posted by admin | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 10-03-2010
0
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya usahanya akan menjadi sia-sia.” – Muhammad Jawad Ali
Saya pasti anda memahami kata-kata motivasi ini. Setiap orang yang bermatlamat akan yakin dengan apa yang ingin dicapai olehnya. Perancangan semestinya sudah diatur dengan rapi dan teliti bagi memastikan anda mampu mencapai kehendak tersebut. Namun ada juga sebahagiannya keliru dengan usaha mereka. Terutama ketika di pertengahan usaha kadangkala ada juga keraguan bagaimana untuk terus mencapainya.
Kerana itulah jika anda sudah menetapkan matlamat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu jangan lagi berpaling untuk melakukannya jika sudah diteliti kebaikan dan keburukannya. Setiap matlamat pastinya berisiko namun risiko akan membayar keuntungan yang tinggi jika anda berjaya mengharunginya. Bahaya yang paling perlu anda takuti ialah keraguan dalam keputusan dan matlamat diri anda, kerana itu akan menutup apa yang anda ingini. Jangan biarkan ianya berlaku.



