Posts tagged "menghadapi temuduga"

Sesi Temuduga Menakutkan? (2)

Masih takut menghadapi temuduga walaupun telah baca artikel saya yang lepas?

Situasi risau, bimbang dan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesi temuduga adalah kerana beberapa faktor berikut:

Kali pertama

Memang tak dinafikan berdepan perkara yang belum berlaku dalam sejarah hidup anda akan risau dan tidak berkeyakinan untuk menghadapinya. Begitu juga saya. Pengalaman pertama temuduga penuh dengan rasa takut dan sentiasa memikirkan sama ada akan dapat atau tidak kerja yang diminta tersebut.

Tidak bersedia

Jika ini yang menjadi faktor kenapa anda takut maka apa perlu anda lakukan ialah buat persiapan untuk hari temuduga. Mengikut pengalaman saya paling penting ialah anda perlu buat sedikit kerja rumah tentang apa bidang kerja jawatan yang anda pohon tersebut. Selidik sebaik mungkin info korporat tentang majikan, struktur pentadbiran serta isu-isu utama berkaitan kerjaya yang anda pilih. Perkara ini sangat membantu ketika anda ingin ditemuduga.

Takut tak lulus

Semua akan ada perasaan seumpama ini. Ketika ini perasaan inilah yang perlu dibuang jauh-jauh. Kalau asyik terfikirkan ‘takut tak lulus’ atau ‘takut tak dapat kerja’ maknanya anda memang dah separuh jalan untuk tidak lulus atau tidak dapat pekerjaan tersebut. Pada hari temuduga anda hanya perlu fikirkan apa yang telah anda rancang dan juga cuba lakukan yang terbaik. Soal dapat atau tidak tidak perlu difikirkan. Pada saya pengalaman menghadiri temuduga pun sudah memadai jika tak dapat.

Tiga faktor ini menyebabkan anda berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan anel temuduga dan mula mereka-reka cerita yang bukan-bukan.  :tongue:

 

3 comments - What do you think?

Sesi Temuduga Menakutkan?

“Saya baru dapat tawaran temuduga nurse tetapi takut nak pergi sebab takut  tak dapat. Harapan saya untuk jadi nurse sangat la tinggi. Harap semua daptt doakan yang terbaik untuk saya.” [Ain]

“Minggu depan saya ada temuduga separa perubatan apa yang perlu saya buat. Saya tak ready apa-apa pun sebab saya tengah buntu. Lagi pun sebelum ni saya tak ambil aliran sains. Ada peperiksaan khas. Macam mana ni. Tolong la.” [Leeya]

“Takut nak pergi temuduga next week…” [Faziehinajwa]

Apa yang anda baca ini adalah sebahagian mereka yang takut menghadapi sesi temuduga. Bunyinya seakan sesi temuduga begitu menakutkan. Apa yang membuatkan anda begitu tertekan untuk menghadapi temuduga. Pengalaman saya, begitu teruja apabila menerima tawaran untuk temuduga.

Ketahuilah bahawa sesi temuduga hanyalah sesi untuk memperlihatkan kepada majikan siapa anda di mata mereka serta menonjolkan gaya sosial anda kepada panel penemuduga. Jangan terlalu terpengaruh dengan khabar yang bukan-bukan tentang panel yang tegas serta bakal memalukan anda.

Dunia yang semakin pernuh dengan persaingan pastinya memerlukan pekerja yang berkeyakinan tinggi, berketrampilan, kreatif dan berintegriti dalam melaksanakan kerja. Sekeping ijazah atau master yang anda miliki belum sepenuhnya membuka ruang kepada anda untuk diterima bekerja jika anda tidak dapat meyakinkan majikan bahawa anda boleh melaksanakan jawatan yang anda pohon.

Bekerja memerlukan pelbagai kemahiran fizikal, mental, emosi dan spiritual bagi memastikan anda mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Bekerja bukan sekadar terima gaji setiap bulan. Sebaliknya anda juga perlu berfikir apa pulangan yang anda dapat berikan kepada majikan.

Be the first to comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline