Posts tagged "paling mahal"

Bos Paling Mahal (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini tip baik buat anda yang mempunyai staf di bawah anda. Senang cerita kepada anda yang bergelar bos, ada tip untuk anda menjadi paling mahal daripada bos-bos yang lain. Cubalah lakukan dan anda perhatikan bagaimana anak buah anda mula menghormati anda bahkan menyayangi anda dua kali ganda.

Catat setiap kali anak buah memberikan pandangan

Anda pasti terkejut dengan tip pertama ini. Selalunya anak buah anda yang perlu mencatat arahan yang anda berikan. Antara kesalahan bos mereka sering mengabaikan aduan anak-anak buah mereka. Langsung tidak mencatat apa yang mereka harapkan dari anda sebagai bos mereka. Akibatnya anda semakin lama semakin tidak disayangi oleh staf di bawah anda. Bos yang hebat akan mencatat apa jua luahan masalah yang cuba disampaikan oleh pekerja anda kepada anda. Ingat ini tip kepada mereka yang ingin menjadi bos paling mahal.

Tanyalah masalah mereka sebelum mereka meluahkannya

Wow! Maknanya seorang bos perlu selalu tengok air muka anak buah ke? Saya jawab ye. Sebagai bos yang mahal anda jangan ingat tiada aduan bermakna masalah organisasi anda tiada. Anda silap jika berfikiran demikian. Percayalah anda bertanya sudah cukup membuatkan pekerja anda hilang masalah mereka. Mereka percaya bos mereka tidak hanya mengharapkan kekayaan untuk syarikat atau organisasi, tetapi turut menghargai kewujudan mereka di organisasi tersebut. Hulurlah bantuan walaupun dengan hanya kata-kata nasihat dan kata-kata motivasi. Bos yang mahal akan melakukan perkara ini dan sentiasa ambil perhatian terhadap masalah staf di bawah mereka. Ingat ini tip kepada mereka yang ingin menjadi bos paling mahal.

11 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline