Posts tagged "pegawai pemasaran"

Kenali Punca-Punca Stres Di Tempat Kerja

stresTidak boleh dinafikan bahawa sebagai pekerja, anda akan berhadapan dengan stres. Tapi adakah anda tahu apakah punca yang menyebabkan anda stres? Anda berisiko menghadapi stres jika mengalami situasi di bawah:

Kerja yang tidak kehabisan

Anda mungkin telah membaca entri saya tentang workaholic tempoh hari. Sebenarnya menjadi workaholic akan membawa anda ke dalam ruang kerja yang tidak akan kehabisan. Tanpa disedari anda perlahan-lahan memasuki zon berlakunya stres. Mengapa begitu? Kerja yang tidak kehabisan sudah pasti akan menyebabkan rehat anda kurang, tiada masa untuk memberikan hak-hak kepada diri anda untuk mendapat nafas kehidupan. Sudah pasti keadaan ini lama kelamaan akan menjadikan anda stres.

Selalu dimarahi tanpa sebab

Pernahkah anda menghadapi situasi ini? Situasi ini sangat bahaya bagi anda. Jika sekali anda dimarahi tanpa sebab sahaja boleh menyebabkan motivasi kerja anda merudum, cuba bayangkan pula apabila anda selalu dimarahi tanpa sebab? Sudah pasti motivasi anda akan jatuh ke tahap kosong dan stres akan mula hadir dalam kerja anda.

Tidak mahir dengan bidang kerja

Zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja yang sepadan dengan keinginan dan kelulusan anda. Anda meminati IT, tetapi bekerja sebagai pegawai pemasaran yang terpaksa bertemu dengan klien, perlukan skill pengucapan awam sedikit sebanyak memberikan stres kepada diri anda bukan? Bidang yang berbeza sudah pasti sukar untuk menguasainya dalam masa yang singkat. Tetapi kerja tidak melihat itu semua. Apabila anda menyandang jawatan tersebut, nak atau tidak anda perlu lakukannya. Tapi kalau tidak mahir memang anda akan stres.

Rakan kerja yang tidak membantu

Bekerja di tempat yang baru banyak memberikan masalah. Dengan suasana yang tidak biasa, bos yang baru, sistem yang baru tanpa bantuan rakan-rakan kerja sudah pasti anda mengalami kesusahan untuk menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi jika rakan kerja yang anda harapkan sebagai senior itu, asyik buat kerja sendiri dan menganggap anda tidak wujud di situ. Konfem anda pasti stres.

Hasil kerja anda tidak dihargai

Anda diberikan tugas untuk menyiapkan satu proposal penting. Anda bersengkang mata dengan penat dan keringat semuanya diberikan 100% untuk kerja anda tersebut. Sampai masanya anda menghantar tugasan anda, bos anda langsung tidak tengok hasil kerja tersebut sebaliknya berkata, “Maafkan saya, tugasan ini saya dah berikan pada orang lain cuma saya lupa nak beritahu awak.” Apa anda rasa? Stres bukan!

Inilah sebahagian punca-punca stres yang sering berlaku di tempat kerja. Banyak sekali berlaku situasi seumpama ini. Bagaimana dengan anda?

6 comments - What do you think?

Menghilangkan Rasa Segan Dan Malu

Pernah perkara-perkara begini berlaku pada anda apabila kali pertama berhadapan dengan orang lain: badan berpeluh, anda tidak tahu apa yang sedang anda cakapkan, lidah kelu bila ingin memulakan bicara dan anda juga mungkin nampak kemerah-merahan di pipi kerana segan.

Rasa segan dan malu ketika kali pertama bertemu sememangnya adalah sifat biasa bagi sesiapa pun. Malu ini jugalah menjadi sebahagian iman dalam jiwa muslim. Tetapi malu juga perlu kena pada tempatnya.

Jika anda bekerja sebagai seorang promoter, pegawai pemasaran, pramugari atau pegawai perhubungan awam atau apa jua kerja anda yang melibatkan anda perlu berkomunikasi dengan orang lain sudah pasti sikap malu dan penyegan ini akan menghalang anda untuk membina hubungan yang baik dengan klien.

Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan:

Berhenti memikirkan tentang diri sendiri tetapi fikirkan tentang orang lain

Sampai bila kalau anda asyik menilik kekurangan yang ada pada diri anda! Sedangkan anda setiap hari akan bertemu dengan orang lain, maka jika rasa segan dan malu terus menyelubungi diri anda bagaimana anda akan memulakan kerja anda. Apabila anda ingin bertemu dengan orang lain anda perlu fokus, dengan siapa anda bertemu? apa statusnya? apa jawatannya? apa yang dia suka untuk berbual dengan anda? Jangan hanya memikirkan keadaan diri anda ketika itu kerana itu semua akan membekukan anda untuk memulakan bicara. Perlu berikan perhatian atas apa yang diperkatakan.

Berfikiran secara positif

Sedikit kesukaran untuk mengubah pemikiran menjadi positif apabila anda dalam situasi malu. Tetapi sebenarnya apa yang perlu anda lakukan ialah bayangkan situasi yang baik ketika anda akan bertemu dengan klien anda. Buangkan segala kata-kata atau minda yang cuba menyebut bahawa “saya lemah” atau “saya sebenarnya malu” kerana ini semua akan membunuh keyakinan yang cuba anda bina.

Terima kekurangan dan kritikan

Tidak semua orang akan menyukai anda pada pertemuan petama anda bersama mereka. Itu adalah fakta kehidupan yang perlu anda terima. Jadi andai ada kekurangan dan kritikan dari orang lain anda seharusnya mengambil kritikan itu untuk meningkatkan penampilan dan dan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Perbanyakkan aktiviti sosial

Dengan erti kata anda kena perbanyakkan berjumpa kawan-kawan, cuba menyertai aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan atau terlibat dengan NGO atau persatuan kebajikan bagi melatih diri anda untuk terus membiasakan diri bersama orang lain yang baru anda kenali.

4 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline