Posts tagged "pekerja warga asing"

Pendatang Haram Di Sektor Haram

Laporan daripada Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin atau Program 6P memberikan statistik bahawa 327,991 pendatang asing yang tidak berdaftar bekerja dalam sektor yang tidak dibenarkan kerajaan Malaysia. Ini kerana pekerja warga asing hanya dibenarkan untuk bekerja di negara ini dalam sektor perkilangan, peladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

Hasil pemantauan menunjukkan bahawa begitu ramai warga asing yang bekerja di sektor perlombongan, bengkel kereta, restoran makanan segera, gerai, nelayan, pengedar surat khabar dan mencuci kenderaan. Bahkan ada di antara mereka yang telah bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada orang lain.

Amat menyedihkan apabila gejala ini telah lama dikesan di negara kita tetapi tidak dapat dibendung lantaran isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti. Maka pihak berwajib seperti Jabatan Imigresen perlu segera mencari jalan bagaimana menangani isu ini sebelum jmlah yang sedia ada menjadi lebih ramai. Jumlah pekerja asing di negara kita sudah mencapai 2.4 juta. Jangan terus biarkan warga asing membina empayar kerjaya di tanah air kita sendiri.

Be the first to comment - What do you think?

Kurangkan Pekerja Warga Asing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam akhbar Berita Harian hari ini saya melihat kerajaan mengambil tindakan mengurangkan pekerja asing untuk menguatkan sektor awam di negara ini. Saya pernah memberikan respon tentang isu ini dalam posting Dilema Pekerja Asing yang lalu untuk membayangkan bahawa sepatutnya sudah lama kerajaan Malaysia memikirkan penyelesaian ini.

Jumlah pekerja warga asing yang berdaftar di negara ini menjangkau 1.8 juta, bukanlah satu angka yang kecil jika kerajaan memikirkan masa hadapan negara. Membina transformasi dalam sektor awam seharusnya membina perancangan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pekerja di sektor awam, supaya kualitinya bukan sekadar dilihat pada perancangan kertas sahaja. Walau bagaimanapun langkah awal untuk mengurangkan pekerja warga asing adalah permulaan yang baik.

Pekerja warga asing sebenarnya juga memberikan kesan positif kepada sektor perkhidmatan dan produktiviti negara, namun dominasi mereka dalam semua lapangan kerjaya pastinya membantutkan potensi tenaga kerja di negara ini. Tenaga pakar dari luar masih diperlukan untuk mencetuskan inspirasi dan inovasi warga kerja Malaysia dalam aspek-aspek tertentu.

5 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline