Pembantu Rumah Dera Anak Majikan
Posted by admin | Posted in Isu Kerjaya | Posted on 01-11-2009
5
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dua hari lepas dalam Buletin Utama TV3 mewartakan tentang pembantu rumah yang mendera dua orang anak majikannya sebelum melarikan diri. Kes seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku di negara kita. Hati saya ingin sekali menulis tentang masalah ini memandangkan pembantu rumah pada hari ini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Jika anda search di Google.com sahaja, anda akan lihat begitu banyak kisah-kisah yang menceritakan tentang isu ini.
Mengapa terjadi perkara seumpama ini? Adakah kerana hilang nilai kemanusiaan dalam diri pembantu rumah? Isu ini menjadi sebahagiaan daripada masalah negara pada hari ini. Banyak sebab yang membawa kepada berlakunya kes seumpama ini.
Niat sebenar pembantu rumah
Kita semua tidak dapat membaca niat seseorang. Mungkin bagi sesetengah pembantu rumah beranggapan pembantu rumah kerjanya hanya mengemas, membasuh dan memasak sahaja. Tidak terfikir di minda mereka untuk menjaga anak kecil. Jadi mereka tidak mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran menjaga anak-anak, lantas mengambil mudah apabila panas baran tiba, mereka boleh menghentam anak majikan sesuka hati.
Majikan tidak berhati perut
Ramai orang hanya menyalahkan pembantu rumah apabila berlaku kes-kes begini. Namun perlu diingat, berkemungkinan juga apa yang telah dilakukan oleh majikan juga boleh menyebabkan pembantu rumah untuk bertindak di luar kawalan diri. Bekerja dengan majikan yang tidak tahu menilai manusia juga akan memberikan tekanan kepada pekerja. Akhir sekali kerana tidak tahan asyik dimarahi oleh majikan, maka anak majikan yang akan dijadikan mangsa.
Kurang kemahiran sebagai pembantu rumah
Nak jadi pembantu rumah bukan mudah. Jika seorang isteri bekerja selama 24 jam sehari di rumah, maka itulah juga tugasnya sebagai seorang pembantu rumah. Kerja yang berat sudah tentu memerlukan kemahiran fizikal, mental dan emosi yang tinggi. Kurang kemahiran boleh menyebabkan pembantu rumah hilang disiplin dan etika kerja.
Gaji tidak berbaloi
Mungkin ini adalah sebab yang kecil bagi sebahagian orang. Tetapi jika kerja 24jam sehari dengan gaji antara RM500-RM600 sedikit sebanyak memberikan kesukaran untuk menghadapi taraf hidup hari ini yang semakin meningkat. Desakan kemelesetan ekonomi juga menjadikan tekanan ini semakin berat. Lantas bila gaji rendah, maka hati akan banyak berkira. Padahnya anak majikan juga menjadi mangsa dera ataupun barang-barang rumah yang dikebas dan dibawa lari.

India, Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Filifina bukan sekadar negara-negara jiran bagi Malaysia. Bahkan negara-negara ini adalah antara negara yang penduduknya membanjiri setiap pelusuk negara kita. Mencari rezeki di Malaysia.

