Posts tagged "pembantu rumah warga asing"

Amah Lari Dari Rumah

Salah siapa?

Inilah pertanyaan pertama yang singgah di minda saya apabila membaca isu utama bulan ini banyak berkaitan dengan kerjaya sebagai pembantu rumah yang kebanyakannya didominasi oleh warga Indonesia. Isu ini bukan isu baru tetapi dalam bulan ini sahaja berapa kali akhbar menyatakan tentang isu ini. Cyberita Online Luar Negara dan mStar Online juga turut menyiarkan berita ini.

Satu pihak menyalahkan majikan yang banyak mendera pembantu rumah warga asing yang tidak bayar gaji mereka, mencederakan fizikal dan emosi mereka. Bahkan satu pihak yang lain pula menyalahkan pembantu rumah yang tidak pandai menjalankan kerja sebagai pembantu rumah. Ada juga pembantu rumah yang bertindak sama zalim dengan majikan. Sudahlah proses untuk mengambil pembantu rumah warga asingĀ  melalui ejen memerlukan harga yang tinggi, bila dapat pula mereka tidak berkemahiran untuk bekerja.

Sebenarnya isu ini akan berterusan jika hanya mengharapkan pembantu rumah warga asing. Pada pendapat saya sudah tiba masanya kerajaan mula mengkomersialkan bidang kerjaya pembantu rumah yang sangat mendapat permintaan tinggi di kalangan warga bandar kerana tidak dapat menguruskan kediaman secara sepenuh masa. Namun jika negara kita masih mengharapkan warga asing untuk memenuhi bidang kerjaya ini,maka sudah pasti senario ini akan berterusan, dan akan mencetuskan konflik lain pula.

1 comment - What do you think?

Dilema Pekerja Asing

buruh-asingIndia, Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Filifina bukan sekadar negara-negara jiran bagi Malaysia. Bahkan negara-negara ini adalah antara negara yang penduduknya membanjiri setiap pelusuk negara kita. Mencari rezeki di Malaysia.

Cuma apa yang menjadi masalahnya, buat masa ini jumlah pekerja asing di Malaysia sahaja mencecah hampir 3 juta orang. Aduhai..anda semua dapat rasakan bahawa jumlah ini bukanlah sedikit. Jika anda ke tempat kerja pada waktu pagi dengan menaiki komuter anda akan dapat rasakan bahawa suasana dalam komuter tersebut seolah-olah kita sekarang bukan lagi berada di negara kita. Umpama berada di negara-negara jiran. Pekerja asing terlalu ramai sehingga menyesakkan suasana profesion di negara kita?

Apa punca? Adakah rakyat kita terlalu memilih kerja? Atau jumlah pekerja di negara kita benar-benar tidak mencukupi? Isu ini terlalu panjang untuk dibahaskan. Namun apa yang jelas, senario ini memberikan kesan kepada jumlah pengangguran rakyat Malaysia itu sendiri. Sudah tiba masa kita kembali membangunkan sektor-sektor pekerjaan di negara kita. Mengapa terlalu berkira tentang gaji yang tinggi untuk membayar gaji pekerja-pekerja Malaysia, sedangkan mereka adalah anak jati di tanah air sendiri, daripada gaji yang murah diberikan kepada pekerja asing sedangkan suasana jenayah hari ini juga banyak dilakukan oleh mereka.

Ramai orang memikirkan tentang masalah ini, sehingga baru-baru ini isu pembantu rumah warga asing minta dinaikkan gaji, dan kerajaan Malaysia pula menggalakkan agar lebih banyak taman-taman asuhan didirikan. Yang paling penting, bagi pihak berwajib perlu mengurangkan kadar kehadiran warga ini segera sebelum keadaan menjadi lebih parah. Bagi pihak organisasi syarikat pula, janganlah terlalu memikirkan keuntungan. Tidak salah anda memberikan ruang dan peluang kepada anak tempatan mengisi kekosongan yang ada. “Utamakan darah daging terlebih dahulu sebelum mengambil anak angkat.” Mungkin ini adalah perumpamaan yang sesuai untuk saya sebutkan.

Dan bagi anda yang masih belum mempunyai pekerjaan, jangan terlalu memilih kerja. Apa jua pekerjaan pasti akan membawa kepada kejayaan andai ada usaha yang gigih dan tekun. Bersamalah kita membantu mengubah mind setting kita terhadap kerja.

8 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline