Posted by admin | Posted in Masalah Anda | Posted on 11-04-2010
0
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Emel dari Eja
Salam. Sebagai pekerja baru yang belum sampai 3 bulan, saya hadapi banyak perubahan dalam cara kerja. Sedikit sebanyak ianya mendatangkan rasa stres. Ini ditambah lagi saya mengendalikan kerja bahagian pengurusan secara bersendirian. Orang lama yang sepatutnya memberi training telah berhenti. Kerja yang dihand over hanya separuh jalan dan yang selebihnya saya perlu belajar sendiri. Tidak di nafikan banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh saya perolehi di tempat kerja sekarang. Namun kadang kala saya rasa wujud perasaan tidak tahan terhadap kerja tersebut. Kerja yang diberikan overload. Hinggakan saya terpaksa menyambung kerja saya di rumah pada waktu malam atau hari minggu. Saya kerap pulang lewat hingga tidak dapat memasak untuk suami pada waktu malam seperti selalu saya lakukan semasa bekerja di tempat lama (faktor berhenti tempat lama – jarak tempat kerja dgn rumah yg jauh). Kerja- kerja harian di rumah selalu tergendala. Sekiranya saya berhenti kerja, saya tidak dapat membantu meringankan beban suami menanggung keluarga. Oleh itu saya perlu bekerja. Jalan pemyelesaian mungkin memberi sedikit masa untuk saya menyesuaikan diri dengan kerja atau mencari peluang pekerjaan yg lain. 
Respon saya:
Terima kasih kepada Pn. Eja kerana menulis sedikit pengalaman kerja puan untuk dikongsikan di sini. Sebenarnya bukan puan sahaja yang mengalami situasi sebegini. Tiga bulan bukan satu tempoh yang lama. Puan baru sahaja mula mengenali dunia kerja. Dan sudah tentu banyak sekali pembaharuan dan pengalaman yang puan sedang hadapi sekarang.
Tidak dapat menguasai bidang kerja dengan baik pastinya akan memberikan masalah kepada diri untuk melaksanakan tugas dengan pantas dan tepat kerana puan mempunyai keterbatasan itu. Masalah kerja yang sedikit pastinya akan menjadikannya lebih besar lebih-lebih lagi ia melibatkan bahagian pengurusan. Oleh kerana itulah puan terpaksa membawa pulang kerja-kerja pejabat ke rumah dan juga terpaksa bekerja lebih masa hanya kerana hilangnya faktor kemahiran kerja.
Namun puan tidak perlu risau dan berfikit untuk terus berhenti dari kerja tersebut. Tiga bulan adalah terlalu awal untuk puan mengalah. Jadikan sedikit cabaran pada diri puan. Tanpa cabaran latihan kendiri tidak akan meningkat, keyakinan diri puan juga akan tetap pada tahap yang sama. Berikan sedikit kesabaran pada cabaran ini dan puan cuba lakukan tip-tip di bawah ini:
- Sekalipun puan bekerja tanpa mentor di pejabat, itu bukanlah alasan yang besar. Masih ramai orang lain yang dapat berikan bantuan pada puan. Paling penting puan perlu ramai kawan. Seperti apa yang puan lakukan sekarang menulis masalah ini di blog saya bermakna puan juga sedang mencari penyelesaian masalah ini dan saya sedia membantu sekadar termampu.
- Puan juga boleh membeli buku-buku yang berkaitan dengan bidang kerja. Terus terang saya katakan di kedai-kedai buku sekarang banyak sekali buku-buku yang memberikan kemahiran kerja dalam bidang pengurusan secara spesifik. Jadikan buku-buku ini sebagai rujukan. Puan akan dapat menyelesaikan masalah puan secara perlahan-lahan.
- Paling penting sebagai pekerja baru puan perlu menyusun kerja puan dengan tepat kerana itu semua akan membantu mengurangkan puan bekerja lebih masa. Susun ikut keutamaan yang mana perlu disiapkan dulu pada hari tersebut.
- Jangan terus memberikan tanggapan buruk pada kerja puan kerana itu semua akan menjatuhkan motivasi kerja puan. Semakin puan asyik memikirkan masalah puan tidak akan dapat menyelesaikannya, sebaliknya cuba fikirkan cara untuk menyelesaikannya sekarang. Senaraikan apa yang boleh diselesaikan.
- Insya Allah sebagai seorang isteri atau mungkin juga bakal ibu, saya dapat rasakan keikhlasan puan akan memberikan pemahaman kepada suami puan. Jadi jangan tunjuk puan lemah sebagai seorang isteri yang mempunyai kesabaran yang tinggi.
- Catatkan setiap masalah yang berlaku ketika puan melaksanakan kerja puan, kerana itu semua akan menjadi mentor puan berdasarkan pengalaman. Itulah menjadikan puan lebih cekap dalam bekerja.
- Dan jika perlu cari kursus-kursus bidang kerja yang berkaitan untuk meningkatkan kemahiran puan.
Posted by admin | Posted in Isu Kerjaya | Posted on 01-10-2009
4
Hari ke hari bukan senang nak cari kerja. Kalau dapat kerja pun selalunya gajilah perkara pertama yang kita lihat dulu kan. Gaji tinggi dan lumayan, semakin tinggilah kehendak kita untuk menerima kerja tersebut. Tetapi kalau gaji rendah bagaimana pula? Kalau anda bagaimana?
Pilihan dalam bekerja perlu dilihat dari pelbagai sudut juga. Sekalipun gaji adalah pilihan utama yang perlu kita lihat sebelum kita membuat keputusan untuk bekerja ada juga perkara-perkara lain yang penting, perlu diambil kira.
Tahap akademik anda bagaimana?
Zaman sekarang kerja dinilai dengan kertas. Maksud saya nak bekerja perlukan sijil, diploma, ijazah sehinggalah kepada peringkat tertinggi dalam akademik. Tanpa kelayakan yang diiktiraf ini agak sukar walaupun mungkin anda boleh melakukan kerja tersebut dengan baik. Gaji pun diberikan berdasarkan tahap akademik anda. Kalau SPM janganlah kita berangan untuk menerima gaji seperti orang yang berpangkat ijazah. Sudah tentu jauh sekali tidak boleh. Jadi kalau anda sedar hakikat ini, jangan rasa rendah diri untuk bekerja sekalipun gajinya rendah. Asalkan anda jujur dan ikhlas lama-lama nanti akan dinaikkan gaji juga.
Anda ada pengalaman kerja?
Kalau anda ada sijik akademik sekalipun belum tentu lagi dapat kerja gaji yang tinggi kalau anda tiada pengalaman kerja. Ada juga sebahagian kerja yang memerlukan pengalaman untuk dapat gaji yang tinggi. Dengan kata lain anda dah banyak pengalaman, jika bertukar kerja sudah tentu anda akan dibayar lebih baik dari sebelumnya. Jadi kalau baru sahaja terjun dalam bidang kerja, tidak mengapa untuk mencari pengalaman kerja sekalipun gajinya tidaklah tinggi.
Mudah dan dekat dengan rumah
Bagaimana kalau tempat kerjanya tak jauh dari rumah? Sanggup ke anda bekerja? Daripada bekerja jauh dengan gaji yang juga tak seberapa, lebih baik terima kerja yang sama, gajinya lebih kurang dan dekat dengan rumah. Jimat dan tak perlu nak peningkan kepala kan? Tak perlu fikir tentang tol, rumah sewa dan juga pasal makan.
Pendapat admin:
Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing juga. Kalau untuk jangka masa pendek sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai rasanya tiada salahnya kerja sekalipun upahnya tidak seberapa. Tetapi dalam zaman sekarang ni busuk-busuk pun dalam RM600 – RM700 juga. Untuk jangka masa panjang perlu pekerjaan yang lebih menjamin dan dapat banyak kelebihan-kelebihan lain.
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 19-09-2009
0

Semalam saya mengisi form untuk jawatan di Majlis Amanah Rakyat dan juga Universiti Malaysia Pahang. Dari awal saya mengisi tentang maklumat peribadi, diikuti maklumat berkenaan akademik dan akhir sekali maklumat dengan pengalaman bekerja. Sewaktu mengisi bahagian maklumat tentang pengalaman bekerja, saya berhenti seketika. Mula bertanya pada diri layakkah aku memohon jawatan ini?Pengalaman kerja pun baru setahun jagung.
Lantas mula terfikir bahawa betapa besarnya pengalaman kerja jika anda ingin memohon kerja di tempat lain. Sekalipun mungkin jawatan yang dipohon tidak sehebat mana, tetapi dalam situasi realiti hari ini bukan mudah nak dapat kerja. Pengalaman kerja umpama mentor yang dapat memberikan sedikit harapan dalam memohon kerja.
Sekalipun segulung ijazah memberikan sedikit rasa bangga dalam diri anda, perlu anda ingat bahawa di luar sana juga bukan sedikit jumlah graduan yang memiliki ijazah sepeti anda. Sedangkan mereka yang mempunyai akademik hingga Sarjana pun sukar nak dapat kerja. Jadi biarpun pengalaman kerja anda sedikit dan kecil tapi sekurang-kurangnya anda sudah pun terjun dalam bidang pekerjaan.
Apabila anda diterima bekerja, anda lebih mudah menguruskan diri anda di tempat kerja dan mula tahu bagaimana untuk mempraktikkan anda menjadi lebih baik. Pengalaman kerja yang anda bawa bersama paling tidak telah mengajarkan anda sebagai seorang yang berdisiplin, jujur, berkomunikasi dan mengurus masa dengan baik. Begitulah pengalaman menjadi mentor kepada diri anda. Tanpa pengalaman anda mungkin juga senang ditipu dengan kerja anda, gaji pun berbeza jika anda berpengalaman.
Namun perlu diingat bahawa pengalaman tanpa latar belakang akademik yang bagus pun sukar juga kerana dunia hari menilai anda melalui sijil, diploma, ijazah dan seterusnya. Alangkah bagus kalau anda ada kedua-kedua kriteria ini. Akan lebih senang dan mudah.