Semangat Yang Hadir
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/Semangat.jpg" alt="Semangat" width="200" height="276" />Sesuatu yang nak kongsikan bersama anda semua pada hari ini berkenaan dengan ‘semangat’. Sejak memulakan penulisan blog ini saya sentiasa rasa bersemangat. Mengapa? Tentu ada sebab-sebabnya.
Apabila anda bekerja atau melakukan sesuatu perkara yang anda suka, anda merasakan sangat bersemangat untuk melakukannya. Ini kerana jiwa anda mengiyakan apa yang anda lakukan. Anda seronok dengan pekerjaan itu atau minat yang anda lakukan. Anda tidak kisah tentang perkara-perkara remeh yang mungkin menjadi peluntur kepada semangat anda. Kerana minat yang mendalam telah menepis rasa sampingan yang lain.
Tetapi apabila ada orang lain yang memberikan sokongan terhadap apa yang anda lakukan, percayalah bahawa semangat anda kini bukan lagi sekadar hadir, tetapi anda rasa 2 kali ganda bersemangat untuk terus melakukan perkara tersebut. Sama ada berkaitan kerja atau minat anda terhadap sesuatu.
Bayangkan jika anda seorang yang suka memancing dan isteri anda pula memberikan sokongan dan dorongan kepada hobi dan minat anda, saya percaya anda rasa lebih seronok dan bersemangat untuk melakukan aktiviti yang anda sukai. Begitulah juga jika anda seorang pekerja. Anda mungkin seorang yang sentiasa bersemangat kerana anda bekerja dalam bidang yang anda sukai. Tetapi andai setiap kerja anda dilihat positif oleh bos anda, bahkan bos anda selalu memberikan ransangan dan dorongan agar anda terus berusaha pasti keseronokkan anda sudah tidak dapat dibayangkan lagi. Keseronokkan inilah akan menaikkan semangat anda!
Jika anda seorang penulis, seperti penulis novel, penulis artikel di akhbar atau mungkin anda menulis sebagai blogger ransangan dari kawan-kawan seperjuangan sedikit sebanyak memberikan motivasi dan semangat berpanjangan untuk terus menulis dan menghasilkan artikel-artikel yang baik.
Be the first to comment - What do you think?











