Berusaha Menjadi Golongan Berpendapatan Tinggi
Tranformasi penting yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan ialah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan objektif penting yang ingin dicapai oleh beliau dalam Economi Tranformation Program ialah menjadikan rakyat Malaysia menjadi golongan berpendapatan tinggi. Ianya tidak mustahil untuk dicapai oleh negara.
Berdasarkan penelitian saya bila menyebut golongan berpendapatan tinggi seharusnya setiap rakyat mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Jika hanya berkisarkan kepada pendapatan yang tinggi, dibimbangi akan berlaku masalah-masalah lain yang melibatkan wang kerana tiada kebijaksanaan dalam mengurus dan berhadapan risiko.
Wang ialah bukanlah masalah yang utama sekiranya setiap dari kita mampu berfikir dengan bijak dalam pengurusan kewangan. Percayalah jika persoalan gaji tidak cukup yang difikirkan sekarang, apabila gaji tinggi pun tetap akan menghadapi masalah yang sama kerana masing-masing mempunyai selera hidup yang besar. Berbalik kepada situasi ini, adakah ianya melibatkan wang sahaja?
Pasti jawapannya tidak kerana akan berpatah balik kepada pemikiran yang menjadikan sikap individu tidak strategik dalam menguruskan kewangan mereka.
Produktiviti Seorang Penjawat Awam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kerja selalunya dikaitkan dengan produktiviti. Produktiviti pula akan dikaitkan dengan kualiti. Skop kerja sebagai penjawat awam, bagaimanakah mengeluarkan produktiviti berkualiti? Apabila anda bekerja di sektor perkhidmatan awam sudah pasti produktiviti adalah berdasarkan hebatnya perkhidmatan yang diberikan. Cepat dan telus. Tetapi apa yang menjadi persoalan bagaimana perkhidmatan awam boleh meningkat jika birokrasi juga meningkat?
Saya banyak mendapat pengalaman dari orang awam, bahkan juga rakan taulan tentang pengalaman mereka ketika ke jabatan-jabatan kerajaan. Ada yang tiba di jabatan X (sebagai contoh) terpaksa turun naik lif hanya kerana nak selesaikan urusan mereka. Dan paling memeningkan bila pekerja yang lain tidak memberikan maklumat jelas tentang bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Turun naik lif yang tinggi, tapi urusan masih tak selesai.
Pernah juga seorang tua dari kampung naik bas dua jam ke satu jabatan untuk urusan tertentu. Apabila sampai kakitangan jabatan tersebut asyik suruh tunggu sahaja. Akhirnya berakhir waktu pejabat makcik ini masih lagi menunggu. Bayangkanlah seorang tua yang tidak tahu apa-apa tidak pula dilayan sebaik mungkin pastinya akan memberikan tanggapan buruk orang kepada sektor perkhidmatan awam.
Saya juga memahami setiap urusan akan melalui proses-proses tertentu sebagaimana dalam piagam pelanggan. Namun tidak semuanya dipatuhi sebaik mungkin. Birokrasi sedikit sebanyak melambatkan proses dalam pengurusan. Bayangkan jika anda berada di tempat makcik tua tadi. Bagaimana perasaan anda? Dalam akhbar Berita Harian semalam 2 Mei 2010, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa kumpulan sokongan akan diubah nama kepada kumpulan pelaksana, sebagai cara bertindak lebih kreatif dan inovatif. Seharusnya juga perubahan mind setting turut berubah. Jika tidak perubahan hanya dari sudut nama tapi kualiti pengurusan masih di tahap sama.












