Posts tagged "perubahan diri"

Amalan Perubahan Diri (17)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Cari sahabat yang dapat membantu untuk berubah

Antara momentum yang membolehkan anda berada dalam border perubahan diri, anda perlu bersahabat dengan orang-orang dapat mengubah anda, dengan erti kata orang-orang yang baik. Perubahan memerlukan istiqamah dan disiplin. Sebagai manusia pastinya memerlukan pendorong untuk memastikan seseorang untuk terus memberikan motivasi dan rangsangan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

6 comments - What do you think?

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tahun ini dirasakan Aidilfitri disambut dengan kemeriahan. Pertamanya ini adalah tahun kedua Motivasi Kerja dot Com menyambut Aidilfitri bersama anda semua. Pastinya kesetiaan anda bersama MK menjadikan aidilfitri lebih berharga.

Perlu diingat bahawa Ramadhan hanya hadir sebulan dalam setahun. Bulan ini adalah bulan perubahan diri. Allah memberikan latihan fizikal, mental, emosi dan rohani dalam bulan ini untuk membentuk zon pencerahan selepas daripada Ramadhan. Adakah kita benar-benar menghayati kelebihan bulan ini dan mendapat hikmah di sebaliknya.

Umat Nabi Muhammad beruntung kerana Allah SWT memberikan lailatul qadr kepada kita. Tetapi kesedaran umat akhir zaman pula semakin lama semakin jauh dengan status mereka sebagai hamba Allah. Akhirnya Ramadhan dilalui tanpa ada perubahan besar di dalam diri mereka.

Aidilfitri adalah kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan ini. Kemenangan Aidilfitri adalah untuk anda yang telah beribadat sebanyak mungkin kepada Allah. Bukan kemenangan yang dilihat pada persiapan raya semata-mata. Ayuh kita bersama-sama membina perubahan diri yang berterusan bermula dari Syawal ini.

7 comments - What do you think?

Amalan Perubahan Diri (14)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berkawan dengan orang-orang soleh

carilah kawan yang bersifat minyak wangi

Dalam usaha membina perubahan dalam diri, anda akan berdepan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana nekad dan keazaman anda untuk ke jalan kebaikan. Allah akan memberikan ujian demi ujian supaya anda lebih cekal dan berhati-hati dalam setiap langkah. Oleh sebab itu carilah sahabat atau kawan yang dapat mendorong anda terus ke jalan yang benar.

Berkawan dengan orang soleh bukan hanya tergolong kepada mereka yang berserban dan berjubah. Orang yang soleh adalah orang yang sentiasa istiqamah menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Anda amat memerlukan insan-insan seumpama ini untuk membantu anda memimpin diri agar lebih kuat mengharungi ujian Allah.

“Perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi boleh memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku boleh membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Orang mukmin adalah cermin kepada orang mukmin yang lain. Jika anda berasa kurang yakin dengan momentum perubahan diri anda eloklah bergaul dan sentiasa mengikut aktiviti-aktiviti sahabat yang dapat memimpin anda ke alam perubahan.

4 comments - What do you think?

Amalan Perubahan Diri (9)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berikan kata-kata yang baik

Mengubah diri bukan perkara mudah untuk dilaksanakan. Perubahan diri perlukan istiqamah pada perkara-perkara yang mudah terlebih dahulu sebelum melakukan perubahan yang lebih besar. Antaranya menuturkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Seringkali kita mengabaikan perkara yang mudah untuk kita lakukan ini. Anda juga mampu melakukannya.

Mengucapkan kata-kata yang baik seperti memberikan nasihat, memberikan tazkirah, mendoakan insan lain sebenarnya memberikan perubahan besar pada diri anda. Hanya dari kata-kata yang baik menjadikan anda seorang yang disenangi dan dikasihi oleh orang lain.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 263 yang bermaksud:

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Dan Allah itu Maha Kaya, Maha Penyantun.”

Dari memberikan celaan yang diiringi dosa lebih baik memberikan kata-kata yang baik yang diiringi pahala. Bahkan kata-kata yang baik juga adalah sedekah. Semoga saya dan anda semua dapat amalkan bersama.

4 comments - What do you think?

Membentuk Karisma Dalam Diri (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seorang pemimpin yang hebat pastinya akan disebut-disebut setiap masa. Batang tubuhnya akan sentiasa dijadikan role model kepimpinan. Pidatonya sentiasa dinantikan untuk membangkitkan semangat orang lain di kala lemah dan tidak bermaya. Gayanya sudah pasti menjadi ikutan manusia sejagat. Akhlaknya akan menjadi acuan kepada perubahan diri. Pendek kata seorang pemimpin berkaliber akan sentiasa diingati sepanjang zaman.

Menjadi seorang pemimpin sebegini bukan usaha mudah. Acuan kepimpinan yang dibinanya bukan setahun dua. Bahkan bermula kehidupannya sudah dibina acuan kepimpinan ini. Jika tidak mana mungkin kredibiliti kepimpinannya begitu terserlah dalam diri.

Rasulullah menjadi seorang pemimpin agung bukan bermula dari kelahirannya. Episod bermulanya karisma dalam diri Rasulullah bermula sejak Nabi Ibrahim alaihi salam lagi. Keturunan Rasulullah yang mulia adalah dari keturunan mulia sudah pastinya akan dilihat oleh orang lain. Dari Rasulullah sehingga kepada moyang baginda bernama Ma’ad bin Adnan merupakan 21 keturunan sebelum sampai kepada Nabi Ibrahim alaihi salam. Keturunan yang hebat pastinya akan disebut-sebut. Keturunan yang dinilai dari ketakwaan kepada Allah SWT, bukan dari banyaknya harta.

Benarlah dalam masyarakat Melayu kita, keturunan adalah sesuatu yang sangat besar nilainya kepada orang lain. Keturunan akan memberikan tanggapan baik kepada keluarga tersebut, dan sudah pasti ianya akan dihormati. Bukankah dihormati dan disegani itu tanda adanya karisma dalam diri mereka. Tetapi sejauh mana kehormatan dan kesucian keturunan itu dijaga maka selama itulah karsima itu wujud dalam diri mereka.

Antara kehebatan dalam bangsa Arab pula, mereka menjaga keturunan mereka dengan baik sekali walaupun mereka menyimpannya secara manual. Zaman yang tidak ada kemudahan teknologi seperti sekarang pastinya sedikit hairan bagaimana mereka menyimpan dan menyampaikannya dari keturunan kepada keturunan yang lain. Bayangkan 21 keturunan dari Rasulullah sehingga kepada Ma’ad bin Adnan kemudian sehingga kepada Nabi Ibrahim alaihi salam bagi saya ia adalah sangat hebat.

Be the first to comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline