Posts tagged "pinjaman sewa beli"

Berhati-Hati Bila Meminjam

Terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah kebankrapan berbanding negara-negara lain iaitu mencapai 41 individu setiap hari. Pada saya ianya jumlah yang sangat tinggi.

Lebih-lebih lagi apabila rekod dari jabatan ini menunjukkan bahawa antara sebab utama berlaku bankrap ialah pinjaman sewa beli 26%, pinjaman peribadi 21%, pinjaman rumah 14% dan diikuti oleh pinjaman-pinjaman perniagaan.

Inilah yang perlu anda risaukan kerana trend kehidupan hari ini, begitu banyak peluang untuk memberikan pinjaman wang kepada anda untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri anda bermula dari alam belajar sehinggalah akhir hayat anda. Jika anda tidak berhati-hati dengan situasi ini tanpa anda sedari anda terperangkap dalam beban hutang yang akan membawa anda kepada bankrap.

Pelbagai jenis pinjaman disediakan pada hari ini untuk memenuhi keperluan hidup memandangkan taraf hidup yang kian meningkat dan sara hidup yang belum setaraf dengan kos hidup. Namun kemudahan ini tidak boleh disalahguna hanya untuk memenuhi kehendak singkat yang anda fikirkan. Bayangkan pada hari ini dalam usia 23 tahun anda telah berhutang boleh mencapai angka 100k bukankah ianya menjadi beban yang ditanggung sepanjang hidup.

Daripada fakta JIM jelas sekali individu yang bankrap kebanyakkannya membuat pinjaman hanya pada perkara-perkara yang tidak membantu pendapatan seperti pembelian kereta dan juga pinjaman peribadi yang mungkin melibatkan majlis-majlis perkahwinan yang hari ini menelan perbelanjaan puluhan ribu ringgit. Jadi fikirkanlah!

1 comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline