Posts tagged "Putra World Trade Centre"

Kerjaya Sebagai Promoter

Salam sejahtera buat anda semua.

Minggu ini saya banyak menghabiskan masa di Putra World Trade Centre sempena Kuala Lumpur International Book Fair. Boleh dikatakan setiap hari saya berada di sini kerana menjadi promoter kepada produk saya. Fuh! Bukan mudah menjadi promoter. Tugas mempromosi memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi sekalipun anda hanya memberikan brosur kepada pelanggan anda.

Pelajaran untuk diri paling penting sebagai promoter tahu membaca karektor yang ada pada sasaran. Kenal bahasa badan, tahu eye contact dan juga perlu pandai memilih bahasa untuk memancing sasaran anda. Dan itulah yang saya dapat apabila setiap hari turun ke booth di PWTC untuk mempromosi produk terbitan syarikat saya.

Jangan putus asa jika anda tidak mampu menarik perhatian pelanggan anda, kerana dalam bisnes mungkin hari ini pelanggan anda berminat dengan produk anda tetapi mereka mempunyai kekangan lain yang menjadi penghalang. Jika anda hanya memikirkan jualan pada waktu singkat mungkin anda kecewa. Teruskan dengan promosi kerana usaha anda pasti akan datang hasilnya.

Tetapi jika anda mampu membuatkan pelanggan anda bertanya dan respon kepada penerangan anda bermakna anda sudah mula tahu di mana strategi yang perlu anda perkuatkan. Ingatlah jika anda belum pernah turun padang untukĀ  jadi promoter anda tidak akan memahami situasi mereka sebagai promoter.

Be the first to comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline