Posts tagged "rakan sekerja"

Pengalaman Adalah Ilmu Baru Dalam Hidup

Salam sejahtera buat anda semua.

Sepanjang kehidupan anda agak-agaknya berapa tahun pengalaman hidup yang anda perolehi? Seorang pekerja kilang mungkin berkata “Saya dah 20 tahun kerja kilang.” Agak-agak adakah 20 tahun benar-benar pengalaman yang diperolehinya? Pada saya tidak semestinya. Pengalaman adalah sesuatu perkara baru yang anda pelajari. Semakin banyak perkara baru yang anda alami dalam hidup bermakna pengalaman juga turut bertambah.

Dalam bidang pekerjaan juga dinilai seumpama itu. Apapun jua kerjaya anda, asalkan anda tidak melakukan perkara statik dalam kerja anda pastinya anda mampu pengalaman demi pengalaman dalam kerjaya tersebut. Setiap perkara baru yang anda pelajari akan membantu anda dalam menyelesaikan pelbagai masalah kerja dan juga konflik yang melibatkan persahabatan, rakan sekerja, hubungan dengan majikan atau mungkin juga ahli keluarga.

2 comments - What do you think?

Musuh Dalam Organisasi (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berhati-hati di tempat kerja anda pasti ada musuh yang akan memporak-porandakan keharmonian sesebuah organisasi. Paling bahaya apabila musuh berwatak di luar lain, di dalam lain. Mudah-mudah anda bersedia menghadapi watak-watak ini di organisasi.

Langau

Perhatikan di organisasi anda ada atau tidak watak pekerja yang bersifat langau ini? Mereka sangat suka membawa cerita-cerita buruk tentang orang lain di dalam organisasi. Berita palsu boleh menjadi benar, bahkan berita benar boleh dipalsukan. Hebatnya pekerja seperti ini mereka dapat menyebarkan berita dengan cepat tetapi kurang tepat. Mereka sangat suka menyebarkan fitnah kepada orang lain.

Anda boleh benci membenci dengan rakan baik anda hanya kerana sifat hasad oleh pekerja seumpama ini. Tanpa anda sedari anda mula percaya pada setiap kata-kata mereka yang akhirnya menjadi perangkap kepada hubungan baik anda dengan rakan sekerja yang lain.

Pekerja seumpama ini selalunya mempunyai rakan-rakan yang juga mempunyai sifat yang sama seperti mereka. Kerja sedikit tetapi banyak bercakap tentang orang lain di pejabat. Berhati-hatilah kerana agenda mereka sangat bahaya.

4 comments - What do you think?

Situasi Stres (3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pernahkah anda mengalami atau melihat situasi seumpama ini? Jika pernah pasti video ini mengingatkan kembali situasi stres dalam hidup anda yang dialami di tempat kerja. Memang situasi seumpama ini sering berlaku di tempat kerja. Cuma mungkin keadaan seumpama ini tidak berlaku kepada anda jika anda dapat mengatasinya dengan baik.

Tidak sependapat adalah perkara biasa di tempat kerja bahkan di mana-mana pun. Tetapi jika dapat diuruskan dengan baik pastinya anda boleh mengelakkan perkara seumpama ini. Jangan main-main walaupun puncanya kecil tetapi jika sekali tercetusnya pergaduhan bersama rakan sekerja agak sukar untuk membina suasana kerja yang aman dan harmoni.

Ok! Jika anda dalam situasi ini apa yang anda lakukan?

4 comments - What do you think?

Jangan Cakap Sebarangan Dengan Bos (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin telah membaca entri saya yang pertama tentang topik ini. Ingat bos adalah orang yang menilai anda. Sejauh mana rasa benci dan tidak suka pada bos jangan sampai mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

“Ini bukan urusan saya.”

Berusahalah membantu bos dan rakan sekerja anda ketika mereka menghadapi masalah dalam tugasan mereka. Walaupun itu bukan tanggungjawab yang perlu anda lakukan. Tidak semua perkara anda boleh lakukan seorang diri tanpa bantuan orang lain.

Ada masanya kepakaran dan idea anda juga diperlukan untuk membantu orang lain. Pertolongan yang sedikit pastinya memberikan kesan yang besar pada organisasi. Ingat dalam sesebuah syarikat perusahaan atau perkhidmatan semua pekerja saling berkaitan dalam menghasilkan  yang terbaik.

2 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline