Posts tagged "rancangan tv"

Halangannya Adalah Anda!

“Setiap orang mempunyai keupayaan sebenarnya untuk melakukan apa yang telah saya lakukan dan lebih daripada itu. Sesetengah daripada anda akan melakukannya dan sesetengah lagi tidak. Bagi yang tidak melakukannya, ia disebabkan oleh anda sendiri yang menghalangnya bukan kerana dunia tidak membenarkannya.”Warren Buffet


Saya sangat tertarik dengan kata-kata motivasi ini. Antara rancangan TV yang selalu saya lihat di Astro ialah The Biggest Loser yang sekarang telah masuk season 9. Rancangan ini banyak memberikan inspirasi kepada anda yang tidak pernah mendesak keupayaan diri luar dari kemampuan. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak mahu memaksa diri untuk melakukan yang terbaik.

Berubah saiz fizikal dari obesiti kepada normal tidak akan di capai jika hanya buat untuk suka-suka. Objektif perlu dicapai dengan fokus dan konsisten. Inilah juga konsepnya jika ingin berjaya dalam apa jua yang anda dan saya lakukan. Anda boleh pilih untuk terus berada pada tahap yang sama, dan halangannya adalah diri sendiri. Dalam pada masa yang sama anda juga boleh teruskan usaha untuk capai matlamat yang anda inginkan. Push your limits.

1 comment - What do you think?

Tawan Orang Dengan Kata-Kata

ucapan berpengaruhWah! Betulkah hanya dengan kata-kata kita dapat menawan orang lain? Ada kebenarannya. Kata-kata sangat berkuasa dalam mempengaruhi orang lain. Hebatnya kata-kata dapat melembutkan hati yang keras, dapat menggembirakan hati yang sedih, dapat juga menarik perhatian orang lain terhadap diri kita.

Kita selalu menjadikan ungkapan ‘ayat power’ dalam kehidupan kita sekalipun ungkapan ini selalu digunakan pada lelaki yang suka menggoda wanita dengan kata-kata. Kata-kata jika kena caranya akan dapat mempengaruhi orang lain. Tidak kira siapa pun anda. Saya berikan beberapa contoh di sini mereka yang menggunakan kata-kata untuk menawan orang lain.

Promoter

Anda pernah ke pasar raya? Sudah tentu! Jika anda lalui di bahagian alat solekan, perfume dan deodorant pasti anda akan bertemu promoter. Lihat bagaimana mereka menggunakan kata-kata untuk mempengaruhi pelanggan mereka untuk membeli produk-produk mereka. Mungkin sebelum pergi anda bertekad tidak mahu membeli tetapi belum pasti jika anda berhadapan dengan mereka. Berkemungkinan besar anda akan terpengaruh dengan kata-kata mereka.

Ahli politik

Sesiapa pun kenal dengan ahli politik. Antara kekuatan yang ada pada seorang yang bergelar ahli politik mereka mempunyai kemahiran dalam mempengaruhi orang lain melalui kata-kata mereka. Mungkin kita melihat banyak sekali ahli-ahli politik meletakkan janji-janji dalam bicara politik mereka, sebenarnya itu adalah sebahagian daripada cara untuk mempengaruhi orang lain. Jangan anda tidak tahu!

Pakar motivasi

Salah seorang yang pastinya dapat menawan anda dengan kata-kata ialah mereka yang bermotivasi tinggi atau kita panggil sebagai pakar motivasi. Jika anda bersama mereka anda akan rasa bersemangat. Tiap tutur katanya seakan-akan menyuntik kuasa baru untuk kita menjadi hebat. Tip-tip yang diberikannya juga seakan-akan sangat penting. Dan paling ketara yang nampak bahawa anda telah ditawan oleh pakar motivasi ialah anda sangat berminat ketika mereka menyampaikan kata-kata. Penuh motivasi dan keyakinan!

Imam solat dan qari

Siapa kata imam solat tak dapat menawan orang lain? Lihat sahaja di masjid atau di surau-surau yang imamnya pandai dalam mengalunkan bacaan-bacaan dalam solat dengan lunak pasti akan dipenuhi oleh jemaah. Menunjukkan bahawa imam juga berpengaruh dalam menawan orang lain melaui kata-kata. Kalam Allah yang dialunkan dengan baik sudah tentu pengaruhnya lebih besar dari kata-kata manusia.

Pengacara atau moderator

Satu majlis, program atau rancangan TV seakan nampak hambar jika pengacaranya tidak pandai berbicara. Majlis nampak kaku dan penonton mula merasa bosan. Rancangan 30 minit akan menjadi seolah-olah satu jam jika pengacara atau moderatornya tidak mampu menggunakan kata-kata yang hebat. Tetapi andai moderator rancangan tersebut begitu petah, berketrampilan ditambah pula dengan suara yang lunak, sudah pasti anda akan tertawan oleh kata-katanya. Lihat saja pengacara no. 1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi seorang yang pakar dalam mempengaruhi orang lain. Dan tanpa anda sedari bahawa anda meinati beliau. Sebenarnya anda tertawan dengan kata-katanya yang petah dan berkeyakinan.

==========

‘With our thoughts we make our world‘ – Gautama the Buddha.
‘Energy follows thought’Annie Besant

1 comment - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline