Pakaian Formal Atau Uniform?
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/uniform-askar-300x197.jpg" alt="uniform-askar" width="300" height="197" />Apabila meneliti dunia kerjaya ini, sesuatu yang memberikan perbezaan ketara dan menjadi identiti bagi satu-satu pekerjaan itu selain dari perkhidmatan dan barangannya ialah pakaian kerjanya. Pakaian kerja melambangkan identiti dengan siapa anda bekerja, pangkat apa, dan juga di tahap mana.
Kebanyakkannya di negara kita ramai yang beruniform seperti polis, tentera, doktor, posmen dan juga pekerjaan dengan pakaian formal seperti guru, kerja bahagian pengurusan dan banyak lagi.
First view terhadap sesuatu pekerjaan itu sebenarnya menunjukkan prestij kepada pekerjaan itu sendiri. Contohnya pekerjaan yang melibatkan pakaian beruniform seperti polis, JPJ, Bomba dan lain-lain. Apa pandangan anda sejujurnya melihat seorang pegawai polis atau Major dalam tentera? Paling tidak pun nampak gah dan prestij diutamakan dalam bidang tugas mereka. Prestij pun penting selain dari gaji dan pengalaman.
Namun pakaian formal juga tidak bermakna tiada prestij. Lihatlah dengan kesesuaian pekerjaan dan tugas. Mungkin bekerja di pejabat dengan menguruskan pentadbiran atau menjadi guru JQAF di sekolah-sekolah tidak sesuai pula untuk berpakaian uniform kerana lebih kepada soft skill dalam aplikasi kerjanya.
Pendapat admin:
Apa yang dapat saya simpulkan kerjaya yang lebih kepada fizikal, prestijnya juga terletak pada pakaiannya. Pakaian beruniform menunjukkan kesatuan hati, disiplin dan memerlukan kesepaduan dalam menjalankan matlamat organisasi. Tetapi bagi kerjaya yang berbentuk mental dan emosi, pakaian formal memberikan ruang fleksibel untuk berfikir dengan menjalankan tugas mereka.
Jadi yang mana menjadi pilihan anda? Yang mana lebih anda suka? Pakaian uniform atau pakaian formal?
Tingkatkan Kemahiran Diri
Bagaimana pencapaian dalam kerjaya anda ketika ini? Adakah cemerlang atau memuaskan atau masih di tahap yang dulu? Bukan senang nak menjadi pekerja cemerlang. Cubalah anda perhatikan rakan-rakan anda yang berjaya. Apakah kelainan yang menyebabkan mereka dipilih dalam anugerah khidmat cemerlang.
Sudah tentu pekerja yang berjaya mempunyai perbezaannya tersendiri. Selain daripada disiplin dan komitmen yang tinggi ditunjukkan, sudah pasti mempunyai kemahiran-kemahiran diri yang dapat menonjolkan dirinya berbanding orang lain. Anda sendiri perlu kembali melihat diri adakah anda mempunyai kemahiran-kemahiran di bawah dan menguasainya dengan baik.
Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
Kemahiran Fizikal (hard skill)
- Kemahiran komputer (microsoft office, photoshop, surfing internet dan lain-lain)
- Kemahiran menaip
- Trengkas
- Komunikasi berkesan
- Pengucapan awam
- Kemahiran merancang kerja
- Mampu berbahasa dengan baik
- Kemahiran mengendalikan mesin
Kemahiran dalaman (soft skill)
- Seorang yang optimis
- Teliti
- Kelakar
- Integriti dan akauntabiliti
- Pengurusan masa
- Bermotivasi tinggi
- Empati terhadap orang lain
- Kepimpinan diri yang tinggi
Ini adalah sebahagian kemahiran-kemahiran asas yang perlu ada jika anda mengidamkan diri anda menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Di samping itu anda perlu menampilkan diri dengan kemas dan sensitif terhadap personaliti diri. Mata manusia menilai dari luaran. Walau bagaimana pun kemahiran dan kualiti kerja adalah menjadi kunci utama untuk anda berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang anda ceburi.











