Posts tagged "tahun baru"

Cashier Yang Ceria

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sempena tahun baru, saya bersama isteri pulang ke kampung di Raub, Pahang. Dapat cuti tiga hari rugilah tak balik kampung. Setiap kali dalam balik ke kampung sudah pasti saya akan melalui stesen minyak Petronas Bentong Timur. Boleh dikatakan setiap kali balik saya akan berhenti singgah di sini. Saya sangat seronok singgah di sini. Anda juga mungkin pernah singgah di stesen minyak ini.

Apa yang sangat menarik perhatian saya ialah cashier di stesen minyak sangat ceria. Setiap pengunjung yang menghadiri kaunter pembayaran akan diberikan salam bagi muslim dan ucapan selamat bagi bukan muslim. Cashiernya sentiasa senyum, bercakap lemah lembut, serta membantu sekiranya anda mempunyai apa-apa permintaan yang lain. Mungkin anda berkata di stesen mintak lain pun begitu. Tapi pada saya, tidak banyak staf di stesen minyak Petronas yang mengamalkannya walaupun mungkin pada hemat saya keceriaan sebegitu menjadi ‘trademark’ Petronas sendiri.

Seharusnya cashier berperibadi sebegini kerana pembeli akan terasa dihargai. Ini tidak, selalunya ketika pembayaran terutama di pasaraya besar, cashier menunjukkan air muka yang takut dilihat, tidak bercakap, tidak senyum dan memarahi pelanggan sekiranya barang yang dibeli tidak ada tanda harga. Akhirnya pelanggan berkata, “Kalau takde harga takpelah, tak payahlah marah-marah.” Sekalipun anda mungkin seorang cashier, percayalah bahawa anda juga membawa imej majikan anda sama ada majikan anda kecil ataupun besar.

3 comments - What do you think?

Salam Tahun Baru 1431Hijriah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaruh

hijrah-1431Setiap hari adalah episod baru dalam kehidupan kita. Pengalaman, suka-duka, gurau senda, amal ibadah,kerja dan sebagainya menjadi sebahagian dalam episod kisah anda. Dan akhirnya episod cerita anda berlalu hari demi hari sehinggalah akhirnya kita semua bertemu dengan penghujung tahun dan bertemu tahun baru.

Begitu juga kisah dan ujian-ujian dahsyat baginda Rasulullah dan para sahabat yang bermula pada  tahun Hijrah. Rasulullah yang ingin dibunuh oleh pemimpin-pemimpin Quraish telah digantikan tempat tidurnya oleh Saidina Ali. Ancaman Quraish terhadap baginda begitu dahsyat sehinggakan baginda memulakan hijrah ke Kota Madinah. Ditemani Saidina Abu Bakar akhirnya pada malam baginda akan dibunuh, Allah telah menyelamatkan Rasulullah dan memperbodohkan kafir Quraish yang ingin melaksanakan pembunuhan kepada baginda.

Penghijrahan Rasul pada tahun 622 Masihi menjadi titik mula bahawa agama Islam akan berkembang. Hikmah terbesar ialah Islam berkembang dengan lebih baik kerana ianya bermula di Kota Madinah, satu kota yang amat jauh bezanya dengan Kota Mekah, baik dari sudut pemahaman masyarakatnya, akhlak, ekonomi dan pemerintahannya sudah pasti akan membantu Rasulullah dalam menyampaikan dakwah lebih mudah berbanding ketika berada di Kota Mekah.

Dari peristiwa inilah, konsep hijrah kita terapkan ke dalam kehidupan kita seharian. Hijrah sebagai satu proses perubahan dari jahat kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari jahil kepada berilmu, dari miskin kepada kaya, itu semua adalah satu corak hijrah yang perlu kita fahami. Hijrah bukan sekadar mampu dilihat fizikal namun hijrah adalah perubahan kesemuanya sekali terutama niat dan iman yang menjadi kunci kepada segala perbuatan.

Salam Maal Hijrah 1431 untuk anda semua yang menjadi pengunjung setia dan pengunjung senyap yang sentiasa memberi sokongan kepada laman ini. Inilah sebenarnya tahun permulaan bagi kita umat Islam. Bukannya tahun Masihi.

2 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline