Posts tagged "time frame"

Belajar Mengurus Masa Di Tempat Kerja

clockPengurusan masa yang cekap akan menjamin produktiviti kerja yang anda lakukan.Di tempat kerja sudah tentu banyak tugasan yang perlu disiapkan. Kegagalan menyiapkan tugasan pada waktu yang dikehendaki sudah pasti akan menjejaskan prestasi kerja dan juga reputasi di mana tempat anda bekerja. Sama ada anda seorang pegawai, penyelia, pengarah ataupun mungkin anda seorang setiausaha atau kerani anda mesti mengurus masa anda dengan kualiti. Anda perlu mengetahui beberapa perkara sebagai panduan anda untuk mengurus masa.

Mengetahui skop tugasan kerja

Pastikan anda tahu dan jelas dengan bidang tugas kerja anda kerana dari sudut masa ianya sangat membantu. Kurang jelas tentang ‘task’ yang anda terima akan menyebabkan anda mengambil masa yang lama untuk mengurus dan membuat keputusan tepat dalam menyiapkan kerja anda.

Tentukan prioriti

Tentukan keutamaan! Dalam kerja sudah pasti anda menerima banyak tugasan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang tidak tahu yang mana perlu diutamakan dulu. Maka perlu dilihat keutamaan berdasarkan yang mana lebih cepat memberikan faedah kepada syarikat atau tempat anda bekerja. Perlu dilihat juga berdasarkan yang mana perlu cepat dan penting untuk disiapkan.

Perancangan Masa

Kalau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘time frame‘. Perancangan masa untuk setiap kerja yang dilakukan amat perlu untuk memastikan kerja diuruskan dengan baik dan masa tidak pula dibazirkan dengan banyak. Perancangan masa ini bergantung kepada anda dan juga bergantung kepada tugasan yang anda terima. Mungkin perancangan mingguan, bulanan atau dua bulan. Tetapi perancangan kerja akan mengingatkan tugasan yang bakal dilaksanakan dan juga kerja yang sudah dilakukan serta ‘follow up’ untuk tugasan tersebut.

Saya suka memetik kata-kata Sayid Hassan Al-Banna bahawa “orang mukmin mempunyai tanggungjawab melebihi dari masa yang ada.”

3 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline