Tiada Istilah Hari Kekasih
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya memetik sedikit dari Berita Harian hari ini berkenaan Hari Kekasih oleh Majlis Fatwa Kebangsaan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.
“Kita tidak boleh ukur sambutan ini kecil-kecilan atau besar-besaran atau untuk suka-suka kerana semuanya mampu mengundang kepada gejala maksiat.
INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan
Apa yang mampu saya katakan, bukan mudah sebahagian pihak menerima hakikat ini lebih-lebihlagi mereka yang sedang menghadapi krisis cinta yang bukan dari medan agama yang sebenarnya. Budaya Barat lebih indah dipandang pada nilaian mata anak muda berbanding syariat Islam yang mampu menjaga batas pergaulan dan keturunan.
Tidak salah untuk anda bercinta jika kena caranya, tetapi jika istilah Hari Kekasih menjadi rujukan untuk melakukan hubungan intim dan menghilangkah mahkota diri pasti ianya jauh menyimpang dari agama dan adat. No more Valentine’s Day.
Be the first to comment - What do you think?











