Posts tagged "workaholic"

Kerja Dalam Kerja

Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

workaholicBanyak sekali keluhan yang kita dengar dari mulut-mulut rakan sekerja kita, “Banyaknya kerja. Bila nak habis ni?” ataupun “Ala kerja ni belum habis lagi tapi dah bagi kerja lain pulak!”

Memang itulah rutin kita sebagai pekerja. Ada kalanya kerja kita tidaklah banyak sangat, namun ada masanya kerja menimbun sehingga kalau kerja tujuh hari seminggu pun belum tentu dapat selesaikan kesemuanya. Setiap hari kerja tidak akan habis. Kalau habis kerja maknanya produktiviti akan terhenti dan negara akan berhenti dari terus maju.

Hakikat sebagi seorang pekerja perlu berhadapan dengan pelbagai tugasan yang kita tidak pasti bagaimana bentuk tugasannya lagi. Ini baru kerja dari organisasi anda, tidak termasuk lagi dengan kerja anda sebagai seorang ibu, ayah, suami, isteri ataupun mungkin sebagai seorang anak. Tugas sampingan yang wajib juga kita laksanakan walaupun kerja di pejabat begitu menyeksakan kehidupan kita.

Tapi jika kita teliti, sesukar mana pun kerja yang anda lakukan anda sebenarnya masih berkemampuan melakukannya. Menunjukkan bahawa walaupun anda melakukan kerja dalam kerja, tetapi itu semua memberikan ruang anda menilai diri anda sendiri. Keluhan-keluhan yang kita dengar hanyalah keluhan, namun dari sudut tugasan anda masih berjaya melakukannya. Lambat atau cepat itu bergantung pada diri anda!

Selagi anda tahu mengurus keutamaan dalam tugasan, anda mampu menyelesaikannya. Tetapi andai berlaku sebaliknya maka anda termasuk dalam golongan workaholic. Hati-hati!

6 comments - What do you think?

Cuti Rehatkan Minda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

vacationCuti sekolah dah bermula untuk satu sesi yang panjang. Bila teringatkan cuti sekolah saya pun terfikir juga. Kerja juga perlukan cuti. Sudah berapa kali anda bercuti pada tahun ini? Selalunya kita panggil cuti rehat. Bagi kakitangan sektor kerajaan selalunya ada sedikit perbezaan cuti bagi pegawai, kakitangan sokongan dan kumpulan pengurusan tertinggi. Mengapa begitu?

Manusia umpama mesin yang bekerja. Jika selalu bekerja tanpa penyelenggaraan diri yang sempurna maka manusia akan mengalami masalah. Tiada bezanya dengan mesin atau jentera sebenar. Tenaga fizikal jika digunakan berterusan sudah pasti kuasanya akan berkurangan. Dalam konteks kerja pula bekerja berterusan seperti workaholic juga akan menyebabkan tahap kualiti menurun. Kualiti menurun bukan kerana sesuatu yang negatif. Sebaliknya kerana anda perlu memahami keupayaan kita sebagai makhluk ada tahap-tahap tertentu mengikut keupayaan diri masing-masing.

Jadi ada masanya anda perlukan rehat untuk cas kembali tenaga-tenaga ini. Andai sudah lama tidak bercuti, tidak salah anda berbuat demikian sekarang. Cuti akan memberikan kesegaran kepada anda untuk mendapatkan input-input luar yang baru dan ‘fresh’. Cuti akan mengurangkan sedikit tekanan kerja yang berlegar dalam fikiran anda. Lupakan sejenak tentang kerja. Manjakan diri anda dengan bercuti bersama keluarga, atau mungkin memadai berehat di rumah sahaja. Itu semua terpulang pada pilihan hati anda. Apa yang mustahak anda juga perlu fikir soal cuti di saat kualiti kerja anda mula menurun, produktiviti menurun, kecekapan anda menurun dan kerja anda mula tidak dapat disiapkan mengikut perancangan.

Ingat! bercuti memang bagus. Tapi sebelum bercuti pastikan anda selesaikan tugasan anda sebaik mungkin supaya di waktu cuti anda tidak ada masalah dan juga gangguan berlaku pada anda. Maka anda dapat bercuti dengan tenang dan menghayati percutian anda sebaik mungkin.

1 comment - What do you think?

8 Tanda-Tanda Anda Seronok Bekerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bagaimana dengan kerja anda hari ni? Adakah anda seronok dan menikmatinya? Mari kita sama-sama lihat tanda-tanda yang menunjukkan anda enjoy dengan kerja anda.

seronok-bekerja1. Datang awal ke tempat kerja
Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru. Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda memang seronok bekerja.

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati tetap ada. Tetapi berbeza bagi mereka yang seronok bekerja. Kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula.

3. Air muka berseri-seri
Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai.

4. Kerja disiapkan segera
Inilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kerja disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling bagusnya anda menyiapkan kerja sebelum ‘due date’ yang sepatutnya. Anda asyik dengan kerja anda sehinggakan anda telahpun menyiapkannya. Anda sudah bersedia untuk kerja yang baru.

5. Anda bangga menceritakan tentang kerja anda
Bukan senang nak capai tahap ni. Memang begitulah selayaknya. Anda tidak kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang anda lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya anda akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja anda pada orang lain. Anda bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan apa kerja anda lakukan.

6. Personaliti kemas
Anda seronok bekerja. Jadi anda akan menunjukkan penampilan terbaik untuk diri anda. Pakaian anda menonjolkan siapa anda. Anda memberikan penampilan terbaik sebagai siapa diri anda sebenarnya. Anda selesa berpakaian kemas setiap masa supaya orang lain kenal siapa anda.

7. Anda akan membantu menyiapkan kerja orang lain
Saya rasa ini adalah jarang-jarang yang dilakukan oleh pekerja. Bagaimana anda nak membantu orang lain jika kerja anda sendiri masih belum siap. Namun bagi mereka yang seronok bekerja, bukan sahaja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya, tetapi sanggup menawarkan tangan untuk membantu menyiapkan kerja orang lain.

8. Mendapat gelaran workaholic
Mungkin sebahagian dari rakan-rakan anda akan menggelarkan anda dengan gelaran ini. Tetapi jangan risau. Mereka mungkin tidak dapat menghayati keseronokkan kerja seperti anda. Ingat selama mana anda tidak termasuk dalam tanda-tanda menjadi workaholic anda masih boleh enjoy dengan kerja anda.

8 comments - What do you think?

Kenali Punca-Punca Stres Di Tempat Kerja

stresTidak boleh dinafikan bahawa sebagai pekerja, anda akan berhadapan dengan stres. Tapi adakah anda tahu apakah punca yang menyebabkan anda stres? Anda berisiko menghadapi stres jika mengalami situasi di bawah:

Kerja yang tidak kehabisan

Anda mungkin telah membaca entri saya tentang workaholic tempoh hari. Sebenarnya menjadi workaholic akan membawa anda ke dalam ruang kerja yang tidak akan kehabisan. Tanpa disedari anda perlahan-lahan memasuki zon berlakunya stres. Mengapa begitu? Kerja yang tidak kehabisan sudah pasti akan menyebabkan rehat anda kurang, tiada masa untuk memberikan hak-hak kepada diri anda untuk mendapat nafas kehidupan. Sudah pasti keadaan ini lama kelamaan akan menjadikan anda stres.

Selalu dimarahi tanpa sebab

Pernahkah anda menghadapi situasi ini? Situasi ini sangat bahaya bagi anda. Jika sekali anda dimarahi tanpa sebab sahaja boleh menyebabkan motivasi kerja anda merudum, cuba bayangkan pula apabila anda selalu dimarahi tanpa sebab? Sudah pasti motivasi anda akan jatuh ke tahap kosong dan stres akan mula hadir dalam kerja anda.

Tidak mahir dengan bidang kerja

Zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja yang sepadan dengan keinginan dan kelulusan anda. Anda meminati IT, tetapi bekerja sebagai pegawai pemasaran yang terpaksa bertemu dengan klien, perlukan skill pengucapan awam sedikit sebanyak memberikan stres kepada diri anda bukan? Bidang yang berbeza sudah pasti sukar untuk menguasainya dalam masa yang singkat. Tetapi kerja tidak melihat itu semua. Apabila anda menyandang jawatan tersebut, nak atau tidak anda perlu lakukannya. Tapi kalau tidak mahir memang anda akan stres.

Rakan kerja yang tidak membantu

Bekerja di tempat yang baru banyak memberikan masalah. Dengan suasana yang tidak biasa, bos yang baru, sistem yang baru tanpa bantuan rakan-rakan kerja sudah pasti anda mengalami kesusahan untuk menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi jika rakan kerja yang anda harapkan sebagai senior itu, asyik buat kerja sendiri dan menganggap anda tidak wujud di situ. Konfem anda pasti stres.

Hasil kerja anda tidak dihargai

Anda diberikan tugas untuk menyiapkan satu proposal penting. Anda bersengkang mata dengan penat dan keringat semuanya diberikan 100% untuk kerja anda tersebut. Sampai masanya anda menghantar tugasan anda, bos anda langsung tidak tengok hasil kerja tersebut sebaliknya berkata, “Maafkan saya, tugasan ini saya dah berikan pada orang lain cuma saya lupa nak beritahu awak.” Apa anda rasa? Stres bukan!

Inilah sebahagian punca-punca stres yang sering berlaku di tempat kerja. Banyak sekali berlaku situasi seumpama ini. Bagaimana dengan anda?

6 comments - What do you think?

8 Tanda Menunjukkan Anda Seorang Workaholic

Adakah anda seorang gila kerja? Ayuh kita buat sedikit semakan.

  • Anda bekerja sehingga lewat malam dan hujung minggu. Aduhai ini memang menunjukkan bahawa anda memang seorang yang gila kerja.
  • Anda jarang ambil masa untuk bercuti seperti melancong untuk tempoh-tempoh tertentu. Dan kalau keluar bercuti pun hanya pada nama, tetapi anda tetap melakukan kerja-kerja anda ketika waktu bercuti.
  • Tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti privacy seperti, keluar dengan rakan-rakan, bersukan atau keluar memancing.
  • Topik perbualan anda tidak akan lari dari niche kerja. Sembang, SMS dan emel anda hanya berkaitan dengan kerja.
  • Kehilangan kehidupan untuk bersama keluarga, rakan-rakan, ziarah sanak-saudara, masa untuk beribadat dan juga masa untuk mencari motivasi diri anda.
  • Tidak ada masa untuk rehat langsung. Setiap detik hanya kerja, kerja dan kerja.
  • Rehat membuatkan anda stres. Apabila anda mula berfikir untuk membaca buku atau menonton muvi, anda akan berfikir anda tak boleh melakukannya kerana hati anda berkata anda mesti bekerja.
  • Banyak masalah keluarga timbul kerana anda terlalu sibuk sehinggakan tidak dapat memikirkan masalah-masalah lain. Anda juga selalu tiada di rumah. Ketiadaan anda yang lama sudah pasti akan membentuk perubahan-perubahan negatif di dalam keluarga.

Pendapat admin:

Bekerjalah dengan bijak bukan hanya bekerja kuat. Jadi hamba kerja belum tentu boleh kaya raya dengan bahagia. Sebagai muslim bukan hanya tuntutan kita pada kerja, bahkan pada keluarga, anak-anak, dan yang penting pada Allah wajib kita sempurnakan.

16 comments - What do you think?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline