Tanda Harta Yang Berkat
Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajha ada meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila Allah Taala tidak memberkati hartaseseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan umpama menakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sedikitpun.”
Anda memperolehi harta dari pekerjaan anda. Dan bagaimana anda membelanjakan harta yang anda perolehi. Salah satu petanda harta yang kita miliki itu tidak berkat apabila ia dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain juga. Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya begitu sahaja tanpa disedarinya.
Harta yang berkat pula adalah harta yang digunakan untuk manfaat dirinya, bahkan menyumbang kebaikan kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakannya ke jalan yang baik. Ini adalah soal keberkatan bukan soal sedikit atau banyak harta tersebut.













Yang penting, buat kerja kenalah ikhlas =)
Salam,
Betul tu. Harta yang berkat adalah apabila kita manfaatkannya ke arah kebaikan. :)
Salam penuh ceria,
Harta yang berkat walaupun sedikit pasti memberi banyak kebaikan kepada pemiliknya
harta yg sedikit kl dibuat kebaikan pastilah bermanfaat u pemiliknya
ya saya setuju,kalau punya uang dan kita ngak hati-hati(tidak memperhitungkan) ya jadinya mubazir,tapi ngak bagus juga kalau uang hanya ditumpuk2 aja lebih baik untuk sedekah(tabungan akhirat).makasih dah membuat aku bersemangat lagi.
Ira: Iya..aku setuju sama ide kamu. Semoga kita jangan jadi orang yang membazir. Hilang berkatnya.