Tanda-Tanda Hati Tidak Bahagia (1)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Di dalam jasad manusia ada sebuku darah, jika baik ia maka baiklah seluruhnya. Jika buruk ia maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
Hati memainkan peranan penting dalam diri manusia. Hati umpama enjin yang menggerakkan perbuatan dan perlakuan. Dalam hati tersirat pelbagai rahsia yang dapat disembunyikan dari akal manusia. Mari kita lihat tanda-tanda hati tidak bahagia.
Hasad dengki
Ketahuilah oleh anda semua bahawa ini adalah tanda paling ketara hati tidak bahagia. Hasad adalah penyakit yang mengikis kebaikan yang pernah anda lakukan. Hasad menyebabkan anda tidak senang melihat kebaikan dan nikmat yang dinikmati oleh orang lain. Apabila anda mempunyai perasaan seperti ini percayalah anda sebenarnya tidak bahagia dan perlu dapatkan rawatan hati segera.
Pemarah
Tanda-tanda hati tidak bahagia apabila anda sering marah-marah. Seorang sahabat datang kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dan meminta wasiat dari baginda. Lantas Rasulullah menyebut “Jangan kamu marah.” Baginda mengulanginya sehingga tiga kali. Benarlah marah mampu merosakkan iman dan akhlak. Seorang yang pemarah akan sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan kemarahannya.
Riak dan sombong
Ramai yang kita lihat mereka seperti ini. Bahkan mungkin kita juga kadang kala tidak perasan riak dan sombong. Cuba perhatikan bagaimana pakaian kita, percakapan kita, dan perwatakan kita. Berhati-hati kerana riak dan sombong adalah senjata paling mudah dari syaitan untuk kita.
Rasulullah bersabda:
“Kemuliaan adalah pakaianKu dan kesombongan adalah selendangKu. Sesiapa yang menyaingiKu dalam dua hal itu maka Aku akan menyiksanya.”


nice post :)
salam
Peri: Terima kasih :)
Salam Motivasi..
Memang tidak dinafikan lumrah manusia yang mempunyai 3 ciri yang disenaraikan oleh saudara.. Sejak dari Nabi Adam lagi telah wujud segala perbuatan yang dikeji oleh Allah s.w.t.. Inilah makanan kegemaran Syaitan untuk mehancurkan iman seseorang.. Paling penting diri sendiri merupakan segala-galanya puncanya niat baik dan niat jahat..
TQ
Sememangnya hati memainkan peranan penting bagi memulakan sesuatu. Hati yang tenang akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan mudah.
Sebab itu dikatakan segalanya bermula dari hati.
Apa pun tahun 2010 ni cubalah berubah dari tak tahu kepada tahu, dari suka buat jahat kepada suka buat kebaikan, dari malas kepada rajin apapun perubahan perlu dilakukan dari sekarang……..
hati yang baik mencerminkan peribadi mulia…Jadi ikutlah sunah…tq
Salam,
Betul tu…sebuku darah yang bernama Hati itulah yang perlu dijaga.
Teringat pula mengenai lagu ni:
Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih.
Zairi Faiezil: Salam. Banyak lagi tanda-tanda hati tak bahagia. Insya Allah posting akan datang saya akan senaraikan lagi. Terima kasih atas respon.
Helmi Suhaimi: Wah seronok rasanya semakin hari The Motivator sudi memberikan pandangan terhadap posting-posting saya di blog kecil ini. Hati tidak boleh menipu. Tetapi Hati perlu sentiasa dibersihkan barulah kehidupan lebih tenang.