Tawan Orang Dengan Kata-Kata
Wah! Betulkah hanya dengan kata-kata kita dapat menawan orang lain? Ada kebenarannya. Kata-kata sangat berkuasa dalam mempengaruhi orang lain. Hebatnya kata-kata dapat melembutkan hati yang keras, dapat menggembirakan hati yang sedih, dapat juga menarik perhatian orang lain terhadap diri kita.
Kita selalu menjadikan ungkapan ‘ayat power’ dalam kehidupan kita sekalipun ungkapan ini selalu digunakan pada lelaki yang suka menggoda wanita dengan kata-kata. Kata-kata jika kena caranya akan dapat mempengaruhi orang lain. Tidak kira siapa pun anda. Saya berikan beberapa contoh di sini mereka yang menggunakan kata-kata untuk menawan orang lain.
Promoter
Anda pernah ke pasar raya? Sudah tentu! Jika anda lalui di bahagian alat solekan, perfume dan deodorant pasti anda akan bertemu promoter. Lihat bagaimana mereka menggunakan kata-kata untuk mempengaruhi pelanggan mereka untuk membeli produk-produk mereka. Mungkin sebelum pergi anda bertekad tidak mahu membeli tetapi belum pasti jika anda berhadapan dengan mereka. Berkemungkinan besar anda akan terpengaruh dengan kata-kata mereka.
Ahli politik
Sesiapa pun kenal dengan ahli politik. Antara kekuatan yang ada pada seorang yang bergelar ahli politik mereka mempunyai kemahiran dalam mempengaruhi orang lain melalui kata-kata mereka. Mungkin kita melihat banyak sekali ahli-ahli politik meletakkan janji-janji dalam bicara politik mereka, sebenarnya itu adalah sebahagian daripada cara untuk mempengaruhi orang lain. Jangan anda tidak tahu!
Pakar motivasi
Salah seorang yang pastinya dapat menawan anda dengan kata-kata ialah mereka yang bermotivasi tinggi atau kita panggil sebagai pakar motivasi. Jika anda bersama mereka anda akan rasa bersemangat. Tiap tutur katanya seakan-akan menyuntik kuasa baru untuk kita menjadi hebat. Tip-tip yang diberikannya juga seakan-akan sangat penting. Dan paling ketara yang nampak bahawa anda telah ditawan oleh pakar motivasi ialah anda sangat berminat ketika mereka menyampaikan kata-kata. Penuh motivasi dan keyakinan!
Imam solat dan qari
Siapa kata imam solat tak dapat menawan orang lain? Lihat sahaja di masjid atau di surau-surau yang imamnya pandai dalam mengalunkan bacaan-bacaan dalam solat dengan lunak pasti akan dipenuhi oleh jemaah. Menunjukkan bahawa imam juga berpengaruh dalam menawan orang lain melaui kata-kata. Kalam Allah yang dialunkan dengan baik sudah tentu pengaruhnya lebih besar dari kata-kata manusia.
Pengacara atau moderator
Satu majlis, program atau rancangan TV seakan nampak hambar jika pengacaranya tidak pandai berbicara. Majlis nampak kaku dan penonton mula merasa bosan. Rancangan 30 minit akan menjadi seolah-olah satu jam jika pengacara atau moderatornya tidak mampu menggunakan kata-kata yang hebat. Tetapi andai moderator rancangan tersebut begitu petah, berketrampilan ditambah pula dengan suara yang lunak, sudah pasti anda akan tertawan oleh kata-katanya. Lihat saja pengacara no. 1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi seorang yang pakar dalam mempengaruhi orang lain. Dan tanpa anda sedari bahawa anda meinati beliau. Sebenarnya anda tertawan dengan kata-katanya yang petah dan berkeyakinan.
==========
‘With our thoughts we make our world‘ – Gautama the Buddha.
‘Energy follows thought’ – Annie Besant












Anda sebenarnya juga boleh menjadi seorang yang ber’ayat’ power kalau anda mahu! :)