Tercabarnya Kewibawaan Seorang Motivator
Assalalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bukan mudah bergelar seorang motivator. Seorang pakar motivasi mungkin lebih senang untuk memotivasikan orang lain. Tetapi bukan mudah untuk memotivasikan diri sendiri. Terutama dalam situasi yang melibatkan pengalaman pertama yang perlu dihadapi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan pertolongan Allah SWT, saya menerima kehadiran insan baru yang menjadi tanda cinta kami. Seorang bayi perempuan selamat dilahirkan pada 16 Mac 2010 bersamaan 30 Rabiul Awal 1431H pada jam 11.30 pagi. Kami namakan sebagai Nur Irdhina.
Rasa bersyukur sangat kerana ketika isteri saya bersalin, saya berpeluang masuk ke labour room. Di sinilah kemuncak seorang suami dan bakal bapa memberikan motivasi kepada isteri dan juga bakal ibu. Melihat sendiri keadaan genting antara hidup dan mati seorang ibu berjuang untuk kelahiran insan baru. Terus terang saya katakan, bukan mudah melahirkan manusia. Kepada anda yang pernah melihat sendiri, rasanya memang layak Allah SWT menurunkan perintah supaya anak tidak boleh berkata ‘ah’ kepada seorang ibu. Perit melahirkan seorang anak.
Saya melihat sendiri perit wajah, air mata yang berjujuran kerana menahan kesakitan. Seorang motivator seperti saya juga tidak mampu melihat situasi seperti ini. Berada di labour room, saya mula berada di sisi isteri tercinta. Melihat kerutan wajah yang menahan kesakitan apa yang perlu anda lakukan? Itulah juga persoalan yang saya tanyakan pada diri saya sendiri sebelum masuk ke labour room. Dan inilah yang saya lakukan:
- Genggamlah tangannya kerana genggaman seorang suami ketika itu adalah kuasa tambahan pada isteri anda.
- Selawat banyak-banyak dan niat agar Allah bantu ringankan kesakitannya. Tidak henti-henti saya doakan pada isteri. Selawat dan doa bergilir dibacakan di telinga isteri.
- Bukan mudah untuk seorang bakal ibu yang sudah lemah untuk menerang bayi keluar, anda perlu tenangkan isteri. Proses ini sememangnya perlukan ketenangan. Dari pemerhatian saya ibu yang tiada pengalaman agak sukar untuk menerang bayi kerana mereka tergesa-gesa untuk push bayi keluar. Semakin panik nafas semakin pendek, proses ini semakin sukar bila nafas pendek.
- Kata-kata motivasi anda ketika ini amat mujarab. Sepatah dua kata-kata sudah memadai untuk berikan semangat pada isteri.
- Jangan berikan tekanan. Tertekan akan menyebabkan ibu sukar untuk push bayi.
- Tiada kegembiraan yang dapat diceritakan melainkan airmata yang mampu menceritakan ketika melihat bayi anda selamat dilahirkan. Begitulah juga isteri anda (Saya berharap Allah sentiasa beri saya peluang ini)
- Azan atau iqamah selepas selamat dilahirkan.
Pengalaman berharga ini saya kongsikan bersama anda yang merupakan sahabat saya di blog ini. Anak dan pengorbanan isteri adalah aspirasi yang perlu anda bawa bersama untuk terus berusaha menjadi ayah yang terbaik.












Assalamualaikum Tuan Rumah,
Menarik entri di atas, khususnya pada petikan ini,
” Tiada kegembiraan yang dapat diceritakan melainkan airmata yang mampu menceritakan ketika melihat bayi anda selamat dilahirkan. Begitulah juga isteri anda (Saya berharap Allah sentiasa beri saya peluang ini)”
Syukur Alhamdulillah.
perkongsian yang bermanfaat kepada bakal bapa.
Tahniah! dan salam mesra dari Abu Bakar As-Siddiq buat Nur Irdhina (generasi pelapis, generasi penentu untung nasib agama, bangsa dan negara)
Salam ceria & inspirasi
“Pray hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
salam..suka entry nie..syukran..walaupun belum berkahwin, terasa best baca entry nie..
saya masukkan blog ni dalam link blog saya..smoga bermanfaat bersama..
Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah dan tahniah atas kebahagiaan yang dikurniakan Allah swt. Semoga menjadi ibu bapa yang selalu memberi kebaikan kepada anak-anak. Didoakan Nur Irdhina menjadi insan sekuat ayah dan ibunya dalam menjalani kehidupan masa depan yang mencabar. Anak solehah yang menjadi contoh kepada generasi seusianya. Amiin.
Maaf dipohon atas segalanya. Sentiasa mendoakan dari kejauhan. Salam kebahagiaan dan hormat selalu.
Salam,
Tahniah di atas kelahiran baru anak sulung Along. Pasti cantik bayi tersebut seperti namanya juga. Akak doakan semoga anak dan isteri along sihat walafiat hendaknya.
Moga kelahiran pertama ini memberikan sejuta kebahagian buat along dan keluarga. :)
Pemburu Impian: Salam dibalas kembali untuk Abu Bakar dari Nur Irdhina. Semoga sihat hendaknya. Pengalaman baru yang sangat membuatkan saya rasa berbahagia dan bersyukur. Semoga orang lain juga dapat manfaat juga.
Sharemotivasi: Terima kasih. Salam perkenalan dari saya. Nanti saya link kan blog saudara juga.
Siti Fatimah Ahmad: Terima kasih doakan kami. Jemput ke rumah tengok baby nanti. Semoga abi dan umi Nur Irdhina pun lebih berusaha untuk keluarga dan agama. Amin.
Nozi: Bukan sejuta, tapi berjuta-juta. Memang seronok dapat cahaya mata. Banyak perkara baru yang perlu dipelajari sebagai bapa.
Nyahhh….terharu mak bace entry kau nok!!!!hahaha…romantik gak kau ni kan rul?doakan tak lama lagi aku plak…memang benar,dugaan motivator lagi kuat dari yg di motivasikan…all the best ya akhi.
Sucagwale: Hehe..bukan romantik tu, tapi tanggungjawab suami untuk turut sama merasai keperitan melahirkan anak walaupun tak hadapi sakit sama macam isteri. Insya Allah Sop. Jangan tunggu lama baru nak dapat baby. Susah nanti.