Tip Menjadi Penulis Bestseller
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Lama tidak mengisi koleksi almari buku saya. Alhamdulillah koleksi terbaru baru sahaja saya habiskan satu buku untuk terus memasang minat dalam penulisan. Karya Zamri Mohamad memberikan input padat pada saya bagaimana memulakan potensi dalam penulisan.
Apa yang sangat menarik perhatian saya dalam buku ini ialah beberapa cara dalam menulis, perbandingan penulisan secara linear dan juga menggunakan sistem KJ. Penulisan linear lebih berkualiti dalam penghasilan buku namun dalam ruang kesibukan pastinya penulisan agak terbatas untuk menyiapkan sesuatu karya. Berbanding dengan cara penulisan melalui sistem KJ yang membolehkan anda menulis mengikut mood dan emosi serta idea tanpa mengganggu isi penulisan anda.
Paling penting dalam buku ini disertakan prosedur untuk anda memulakan penulisan sehinggalah buku anda berjaya diterbitkan. Pendedahan anda dengan pihak penerbit juga amat berguna untuk saya sekiranya saya berkesempatan menjadi seorang penulis professional akan datang. Jadi anda juga boleh menjadi seorang penulis sekarang.
Isi Kandungan
Bahagian 1: Potensi Diri Sebagai Penulis Bestseller
- Mengapa buku bukan fiksyen?
- Mengapa saya perlu menulis?
- Kemahuan dan pengetahuan saling seiringan
- Bestseller bukan sekadar angka
- Penulisan menjadi wakil rakyat
- Menjadi penulis bestseller mengikut petua Hamka
- Small office home office
- Penyelidikan pasaran
- Apakah yang pembaca mahu?
- Persepsi adalah skrip hidup penulis
- Pendorong menjadikan diriku penulis
- Musuh dalam selimut penulis bebas
- Kekurangan adalah bonus kepada penulis
- Penulis dan pengurusan masa
- Jangan bunuh peluang
- Pesan penulis bestseller kepada penulis baru
Bahagian 2: Penulisan Berpengaruh Sepanjang Masa
- Apakah buku yang sesuai untuk ditulis?
- Logik Barat dan teknik penulisan secara linear
- KJ Method untuk penulis sibuk
- Pen dan kertas masih relevan
- Jadikan buku karya berpengaruh
- Merendahkan indeks kabut
- Adaptasi bukan menterjemah
- Guna bahasa yang mudah
- Mengulangi bahan karya
- Penyuntingan dan semakan
- Buku adalah tanah milik si peneroka
- Buku adalah harta intelek yang berkembang
- Dari catatan blog menjadi buku
- Blook: Buku catatan dunia siber
Bahagian 3: Pemasaran Karya Kepada Khalayak Pembaca
- Sediakan kertas cadangan sebelum menulis buku
- Tip menyediakan kertas cadangan
- Apabila penulis ditipu penerbit
- Bedah siasat isi kandungan perjanjian
- Sumber kejayaan buku dan penulis
- Penulis, formula kerja jemaah dan inspirasi
- Tingkah laku penulis memikat hati
- Hebahkan kelahiran buku pertama
- Caj karya bestseller dengan kuasa FITRAH
- Merealisasikan angan-angan menjadi penulis bestseller
Tajuk : Tip Menjadi Penulis Bestseller
Pengarang : Zamri Mohamad
Penerbit : PTS Professional
Mukasurat : 275 Halaman
Harga : RM28.00

Assalamualaikum,
Wah…bagus buku ni. Boleh menjadi penulis yg makin mantap ni. Akak pun masih dalam latihan belajar menulis. Mungkin terlalu lama meninggalkan penulisan dalam Bahasa Melayu dan hasil penulisan pun tidak berapa menarik. kena byk membaca..hehe
Nozi: Akak kalau ada idea menulis jangan simpan lama-lama. Saya tengok buku di pasaran masih banyak yang tidak dapat memenuhi minat pembacaan saya.
Rakan saya seorang penulis memberitahu bahawa antara tips untuk menjadi penulis best seller adalah melalui penulisan menjawab pertanyaan ‘how to’
Imran: Penulisan menjawab how to akan menjadi lebih praktikal kepada pembaca. Tidak ramai juga orang boleh menulis tajuk seumpama itu.
Assalamualaikum wbt
Terima kasih kerana sudi membuat sedikit ulasan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Buku ini mendedahkan cara kerja saya menghasilkan 15 buku yang lain.
Insya Allah, buku ini dapat memberi idea kepada pembaca bagaimana memulakan langkah berkarya.
Semoga dipermudahkan Allah.
[...] mungkin masih ingat review saya pada buku Tip Menjadi Penulis Bestseller yang lepas. Hari ini saya rasa teruja apabila pengarang buku tersebut Zamri Mohamad juga menziarahi [...]
Zamri Mohamad: Terima kasih banyak kerana singgah ziarah di sini. Buku Tuan bagus tapi dari sudut skill penulisan saya fikir perlu pada penambahan lagi.
salam admin saya latif dr cheras selangor saye berminat menceburi dlm bidang penulisan dan ingin mempelajarinye oleh itu di mn saye nk dapatkan buku yang admin tulis tu???
hui… saya dah beli tahun lepas siap sampul kasi cantekk! bro.
oklah assalamualaikum