8 Tips Berjaya Dan Bahagia

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri, Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 07-10-2009

12

happy-workersUntuk kebanyakan manusia, agak sukar untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan sekaligus. Ada orang bahagia sekalipun mungkin kehidupannya sederhana, dan ada orang berjaya dalam hidup dari sudut karier tapi tidak bahagia. Tetapi tak mustahil untuk dapatkan kedua-duanya sekali. Mungkin sedikit pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang indah untuk anda.

Tip 1: Mula kembali

Andai berusaha tetapi tidak berjaya, jangan berhenti di situ. Mula kembali. Kalau orang Barat cakap “When things are not going right or you get knocked down, bounce right back again.” Selidik punca kegagalan. Dan kemudiannya mulakan langkah baru. Lekuk yang berlaku kerana disebabkan air, bukanĀ  kerana setitik air yang meniti itu terus membentuk lekukan tersebut. Malahan titisan tersebut jatuh berulang dan berulang sehingga membentuk lekuk tersebut. Anda juga boleh!

Tip 2: Komitmen 100%

Bagaikan tidak ada rasanya dalam kisah kejayaan mereka yang berusaha dan berkomitmen 60% tetapi mendapat hasil 100%. Mustahil melainkan tuah yang Allah SWT berikan. Bermakna nak berjaya dan bahagia anda perlu setiap hari memberikan komitmen kepada misi dan visi hidup anda. Berikan sepenuh tumpuan untuk mencapai apa yang anda inginkan. Bukan melepaskan batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam. Tetapi buat betul-betul.

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan

Semestinya dalam karier dan kehidupan akan hadapi banyak sekali cabaran dan masalah. Tetapi kita kadang-kadang terkeliru adakah apa yang kita lakukan itu adalah jalan penyelesaian atau alasan yang akan memburukkan lagi keadaan tersebut. Orang yang dilanda masalah dengan negatif akan mencari alasan. Dan orang yang menghadapi masalah dengan positif akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin walau apa pun caranya.

Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain

Nak berjaya dalam karier memang kena banyak kenalan. Lagi ramai lagi bagus. Bak kata pepatah Melayu “Berkawan biar seribu”. Tak kiralah apa jua pekerjaan yang anda ceburi. Part-time atau profesional semuanya memerlukan ramai hubungan untuk berjaya. Begitulah juga jika ingin bahagia. Bina hubungan dengan orang lain sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari kehidupan orang lain untuk memperbaiki perhubungan dalam keluarga kita. Ataupun jika kita dilanda masalah kita mempunyai ramai sahabat untuk kita minta doakan kita agar berjaya dan bahagia.

Tip 5: Jaga diri anda

Paling penting sebelum kita jaga orang lain, jaga diri sendiri. Jaga diri anda melalui tiga cara: kesihatan anda, perhubungan anda dengan orang lain dan kerjaya anda. Hilang imbangan ketiga-tiga perkara ini akan memberikan anda tekanan-tekanan yang lain pula. Jangan lupa jaga DIRI ANDA! Apabila kesihatan terganggu anda akan tidak dapat melakukan kerja dan juga tidak dapat membina hubungan dengan orang lain. Begitulah apabila anda hilang kerjaya, sudah pasti tidak ada sesiapa yang ingin membina hubungan dengan anda.

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan

Wah! Keluar dari kegelapan bermakna anda mencari cahaya bukan? Memang benar. Nak berjaya, nak bahagia jangan terlalu terikat dengan pemikiran yang lama. Cubalah sesuatu yang baru, lebih kreatif dan dapat meransang diri untuk terus membina kejayaan diri, keluarga dan kerjaya.

Tip 7: Jadilah tangan yang di atas

Jadilah insan pemurah. Mereka yang pemurah akan diberkati Allah. Allah SWT akan mempermudahkan urusannya kerana banyak membantu orang lain dan manusia pula akan terus mendoakannya agar berada dalam kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bayangkan bila semua orang doakan kita. Perasaan tenang dan bahagia mula hadir dalam diri kita.
Menjadi insan pemurah bukan mengharapkan anda memberi derma beribu-ribu baru dianggap pemurah. Memadailah anda seorang yang suka membantu orang lain.

Tip 8: Cari di mana keseronokkan bekerja

Andai sudah hilang rasa seronok untuk bekerja sekarang, jangan terus dalam keadaan demikian. Pastikan apa yang anda perlukan untuk mengembalikan susasana keseronokkan tersebut. Jika anda memerlukan cabaran yang baru, suasana baru dan rakan kerja yang baru tiada salahnya jika itu semua menuntut anda untuk berhijrah ke tempat kerja yang baru.

Comments (12)

he…23x thank untuk bnde nie… bro akan guna pakai time tahap kemalasan nk wat koje

out of topic–> he…23x saman kne berape ek…. bro tgu gaji je baru byr… if bayar time tue je…just kne rm10 je…

bro kupon penuh je dlm kereta tue…cuma xpakai je if parking kat situ…coz xpernah dorg wat rondaan kat situ..cuma…. xpe la… dah bukan rezeki bro kan

Selamat mencuba framestone! Saya pun tengah apply juga.

Assalamualaikum Along,

Saya dapat agak berapa banyak masa yang along ambil untuk membaca dan menulis perkongsian di blog ini.

Pastinya bukan sedikit. Moga menjadi amal yang akan diganjari olehNya.

psss…sedang menunggu email jawapan dari along. Teruja untuk fully utilise ilmu yang ada.

Bila balik Bestu nanti maklumkan ye Along,]

Boleh kita duduk minum teh atau pekena ikan bakar dekat jambatan kuala besut itu..ehem!

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum.

Bereh. Nanti kelik kawe bagitahu.

Hi there,
Everything dynamic and very positively! :)

nasihat yg berguna
hidup mmg kene ada tumpuan
baru leh berjaya kan

terima kasih sudi singgah di intan izani

Assalamualaikum along

Memang benar, saya bersetuju. Kadang kala, bukan semua perkara yang kita inginkan di dalam dunia akan menjadi milik kita. Ya, mungkin boleh, tetapi dengan hanya berusaha dengan gigih dan jangan toleh ke belakang lagi.

Suka saya membaca point,
“Lekuk yang berlaku kerana disebabkan air, bukan kerana setitik air yang meniti itu terus membentuk lekukan tersebut. Malahan titisan tersebut jatuh berulang dan berulang sehingga membentuk lekuk tersebut”

Memang benar, untuk mencapai sesuatu tahap, jangan mengalah. Cuba bayangkan jika air seperti manusia. 2,3 titik sudah tidak menampak kan hasil utk membentuk lekuk ia berhanti. Sudah pasti, tidak akan ada phenomena itu yg kita sering lihat.

Apa yang pasti, jangan patah semangat. Dont give up! Lihat sahaja orang yang berjaya sekarang. Semua ada kisah ‘gelap’ masing2 sebelum mereka berjaya.

Salam motivasi

Assalamualaikum

Sama-sama izani :)

Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan akhirat sana.

[...] dimana dan bagaimana untuk memotivasikan diri anda atau pun mungkin anda boleh membaca blog saudara AlongCaPR yang pakar dalam bidang motivasi bagi mencari motivasi yang [...]

[...] manusia di dunia ini mendambakan kebahagiaan dan kejayaan. Namun perjalanan dalam menuju kejayaan bukan mudah umpama memandu kereta di lebuh raya. Perjalanan [...]

sy tension dengan kerja..asyik buat silap yang merugikan syarikat..sy rase nak berhenti kerana kelemahan sy sendiri..nak bina semula kerjaya kat tempat yang sama mungkin dah terlewat..kene cari tempat yang baru dan semangat yang baru..

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: