Azam Tahun Baru

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 03-12-2009

30

new-yearRasanya agak awal untuk kita membicarakan tentang azam baru memandangkan kita baru di awal bulan Disember. Tetapi perancangan hidup sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu untuk kita membina perancangan untuk masa depan diri, keluarga dan kerjaya.

Setiap tahun kita menulis azam baru dengan penuh semangat. Mengharapkan apa yang diidamkan dapat dipat dalam tahun tersebut. Tetapi berlaku sedikit kesilapan kita dalam menulis azam, kerana kita tidak ada pelan tindakan yang tepat untuk mencapainya dengan cara yang fokus. Dengan bahasa lainnya azam baru memerlukan pemantauan dan post-mortem untuk memastikan impian yang dihajati terlaksana.

Pemantauan akan menjadikan azam baru anda sentiasa dalam perhatian. Anda akan sentiasa ‘alert’ apa yang perlu dilakukan setiap minggu, setiap bulan untuk mencapai langkah demi langkah. Post mortem pula menjadikan azam yang tidak dapat dicapai, diteliti semula dan dirancang kembali untuk tahun berikutnya.

Jadi seeloknya anda senaraikan sekarang apakah azam hanya tidak sempat anda capai pada tahun ini. Kemudian muhasabah balik bagaimana untuk mencapainya pada tahun hadapan. Perancangan pula perlukan jangka pendek dan jangka panjang dan juga ‘backup plan‘ untuk memastikan walau apa jua yang berlaku anda sudah bersedia untuk mencapai azam anda.

Azam baru tahun 2010

  • Nak terbitkan dua buah buku motivasi
  • Mudah-mudahan jadi ayah yang baik untuk anak sulong
  • Mudah-mudahan gaji aku dinaikkan sampai RM3000
  • Nak beli kamera dslr Nikon (RM2000)
  • Nak sambung belajar ke tahap Master
  • Target 300 entri menarik untuk blog Motivasi Kerja
  • Bina modul latihan untuk syarikat sendiri pula (akan datang)

Harap-harap dapat capai sebahagian besar dari yang ditulis ini. Motivasi, bantuan dari sudut minda dan buah fikiran amat saya hargai dari anda semua. Amin.

Comments (30)

jelesnya dengan azam tahun 2010 kamu, InsyaAllah saya nak berusaha kuat juga!

Insya Allah, semoga cita-cita anda tercapai melebihi dari target. Hal yang penting adalah : Jangan pernah mendahului kehendak Allah. Manusia hanya berdo’a namun iradah berada dalam kehendak Allah.

Gantungkan cita-cita setinggi langit, namun merendahlah kepada Allah sebagai mahluk yang tidak pernah membangkang tentang kodrat dan iradahNYA.

Assalaamu’alaikum

Mudahan segala perancangan dan azam Along yang telah disediakan bagi tahun depan akan berlangsung dengan baik dan diredhai Allah swt. Akak doakan semuanya berjaya dicapai untuk manfaat diri, keluarga dan ummah. Salam mesra selalu.

belum siapkan lg azam tahun baru sbb kena merenung kembali kisah tahun ni….

walaupun azam tahun 2009 masih ada yg belum tertunai sepenuhnya namun usaha perlu dipergiatkan untuk mencapai zam tahun depan…hehehe

assalammu’alaikum. ust, semoga azam ust tercapai.. doakan saya juga.. azam kena ada matlamat yang jelas, perancangan yang teliti, alternatif yang terbaik, emosi yang bersedia, walau apapun jangan lupa kita merancang tapi yang menentukan Dia dan pastinya ada hikmah bagi setiap yang terjadi. sabar, doa, tawakal dan paling penting kunci kekuatan diri kita selain al-quran dan as-sunnah adalah solat malam, dan al-ma’thurat…insyaallah..

InsyaAllah, adikku Asrul. Abg doakan semoga adik dapat menggapai semua hajat itu sebelum tahun 2010 berakhir nanti.

Abg di Seoul, Korea ketika ini atas urusan kerja. Nantilah kalu ada masa, akan saya postkan beberapa foto yang ada.

InsyaALLAH, smga sdra Along dpt capai cita2 utk tahun depan~ ;)

syarikat sendiri? wow! bila target nak setup? Hehe

Semoga berjaya….Just don’t look back =)

Assalamualaikum sahabat!

wah~ dah mula memasang impian untuk tahun depan
nampak gaya, saya pun perlu cepat-cepat rangka
plan untuk tahun hadapan

Setiap orang yang berjaya, ada perancangan
dan setiap perancangan perlu ada tindakan
itu yang paling penting

Kadang-kadang ada orang,
perancangan pun dah gagal
inikan pula mahu membuat tindakan
pasti akan fail jawabnya nanti :D

Ingat along
setiap yang kita azamkan
untuk tahun depan adalah
perancangan solid kita
kita perlu usaha dalam 365 hari!
banyak tu masa yang di beri

p/s: tak lama lagi bertambah sorang
bapa mithali malaysia :)

Salam,

Wah! nampaknya banyak betul senarai impian untuk tahun hadapan ye. Bagus. Sememangnya hidup ini perlu ada matlamat atau impian. Baru ada sesuatu yang hendak dituju. Tiada impian, laluan menjadi tidak tentu arah. Ke mana, dan bila akan sampai pun kita tidak tahu.

Saya doakan moga anda berjaya mencapai azam baru anda.

Yang paling penting sekali, anda menjadi bakal bapa tidak lama lagi. Pasti azam anda juga lebih mudah dan bermakna nanti. InsyaAllah. :)

Wanwma: Setakat berazam je..tak perlu jeles. Doakan semoga azam saya dapat dicapai lebih awal..Amin

Abdul Malik: Terima kasih atas nasihat tu. Insya Allah saya mengingatinya. Mudah-mudahan doa Malik juga menjadi asbab saya dapat mencapainya lebih awal.

Kak Siti: Makasih ya Puan Siti. Merancang tak susah. Yang susah hendak melaksanakannya. Insya Allah along akan cuba sebaik mungkin untuk mencapainya.

Nazra: Baguslah. Post mortem dulu azam yang tak tercapai. Mudah-mudahan tahun depan dapat merangka pelan tindakan yang lebih baik untuk mencapainya.

Jazmanie: Saya doakan semoga Jaz pun mencapai apa yang dihajati. Ingat post mortem balik sebelum buat pelan tindakan baru.

Aida: Terima kasih kerana sudi singgah di sini melontarkan idea yang baik. Memang benar, azam bukan boleh main terjah macam tu je. PErlukan persiapan dari banyak sudut. Yang paling penting sabar dan tawakkal. Doakan juga saya semoga berjaya mencapainya.

Abg Bent: Bestnya Abg Bent kerja kat sana. Banyak pengalaman boleh dikongsikan. Kalau tak keberatan leh dikongsikan di blog ini.

Nashrique: Amin. Berkat doa Nash sikit sebanyak boleh membantu. Insya Allah dalam dua tahun kalau Allah izinkan.

Fahdi: Paling suka bila Fahdi part bertambah bapa mithali tu..Amin. Memang saya selalu beringat tentang tu. Merancang tak sesukar melaksanakannya. Melaksanakannya terpaksa berdepan risiko yang tak diduga. Itu yang perlu diharungi sebaik mungkin dengan sabar dan berdoa.

Blinkky: Thanks Bro

Nozi: Terima kasih banyak Nozi. Doa kawan-kawan juga adalah asbab untuk saya berjaya. Amin

salam kenalan didunia maya…tahniah2 coz awal2 da pasang azam untuk thn depan..moga impian kamu tercapai…

iqone_dinie: Azam memang kena pasang sebelum masuk tahun baru. Tu barulah namanya perancangan yang betul. Kalau lewat nanti tak sempat nak capai pulak.

SEMOGA BERJAYA. TAHNIAH COZ AWAK PANDAI MERANCANG AZAM UNTUK TAHUN DEPAN

YNACUTE88: Amin. Itu baru merancang YNA, melaksanakannya belum selesai lagi. Masih banyak yang perlu dilakukan. Doakan semoga saya mencapai apa yang saya impikan.

Saya berazam menguruskan kewangan dengan baik.. Justeru itu saya sudah menyediakan Bajet 2010. Kawal , pantau dan selaras menggunakan cashflow serta mewar-warkan Visi/Misi saya kepada ahli keluarga agar sama-sama menyokong Azam yang telah dibincangkan bersama-sama mereka terdahulu..
Kertas, pen dan seterusnya Action…

2bz4money: Salam perkenalan. Terima kasih singgah di sini dan memberikan idea yang begitu bagus. Perancangan bukan boleh sekadar menulisnya di minda, tetapi perlu juga ada hard copynya agar lebih mudah untuk dilihat supaya tidak tersasar jauh dari azam yang ingin dicapai.

teruskan usaha..semoga jadi kenyataan..Robbina ma’aaka..

Din Sidek: Terima kasih Din.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: