Bekerja Untuk Memenuhi Keperluan Dan Kehendak

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri, Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 17-09-2009

3

bilik tidur

Anda dan kerjaya! Setiap hari anda bekerja. 5 hari seminggu, 20 hari sebulan. Tetapi apa tujuan sebenar anda bekerja. Sebahagiannya memberikan komentar bahawa bekerja adalah kerana adanya dorongan untuk memenuhi keperluan hidup. Menjadi manusia yang diberikan nafsu dan akal oleh Allah SWT sudah tentu kita mempunyai banyak kehendak. Jika dihitung dari sekarang, sampai malam nanti pun anda tidak akan berhenti untuk menghitung kehendak-kehendak anda yang banyak.

Tetapi apa yang ingin saya kongsikan tentang keperluan ini, Abraham Maslow mengkategorikan kepada lima tingkatan berdasarkan tingkatan piramid:

maslow hirarkiPertama: Keperluan Fizikal

Ini adalah kehendak paling asas bagi manusia. Kemudahan-kemudahan asas untuk hidup seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, air atau lebih mudah kita katakan sebagai keselesaan kehidupan sehari-hari. Semua orang bekerja adalah untuk menikmati paling kurang kemudahan asas ini. Jika tidak ada kehendak fizikal ini amat sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan juga membina kehendak-kehendak yang lain.

Kedua: Keperluan Keselamatan

Keselamatan adalah keperluan yang kedua penting bagi kehidupan manusia. Keperluan keselamatan meliputi perlindungan diri dari ancaman-ancaman bahaya, keamanan keluarga dan jaminan hidup. Keperluan fizikal seakan tiada gunanya jika keselamatan tiada.

Ketiga: Keperluan Sosial

Keperluan sosial amat penting untuk kehidupan manusia. Hidup bermasyarakat, ingin disayangi dan menyayangi, penjagaan, persahabatan, membina komunikasi berkesan antara satu sama lain semestinya perlu diisi di dalam hati manusia. Tanpa keperluan ketiga ini kita semua akn hidup bersendirian, menghadapi tekanan kerja, menghadapi masalah komunikasi serta akan mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan tanpa sedikit harapan dari orang lain.

Keempat: Keperluan Penghormatan

Apabila telah lengkap keperluan fizikal, keselamatan dan sosial maka dengan sendirinya kita akan ada rasa ingin dihormati oleh orang lain, mempunyai pengiktirafan tentang kerja yang telah dilakukan, rasa dihargai dan menghargai antara satu sama lain.

Kelima: Keperluan Aktualisasi Diri

Apabila sampai di puncak keperluan sudah pasti manusia ingin orang lain melihat potensi dan bakat yang ada dalam diri kita. Mengharapkan kemasyhuran atas kerja-kerja yang dilakukan untuk terus mengekalkan prestasi diri. Apabila semua keperluan ini terisi maka seakan lengkaplah keperluan kehidupan manusia (berdasarkan teori Maslow).

Jadi anda bagaimana pula? Apakah anda juga bekerja untuk memenuhi keperluan ini?

Comments (3)

he..23x menarik… ko membuat ku rase cam semngat nk siapkan thesis ku di masa raya nie..doa2kan la aku wat ek..klu x cam besa la…sure tertangguh

out of topic–> he…23x tue la…cam seronok pulak meratah2 perempuan mengunakan mata… yg xtahan tue sume aurat tertutup..tp ade gak yg tersembul2 huhu….erm susah gak dorg nie..kate xsuke di tgk tp masih menayang…

ada jugak yg mmg suka cekik darah even sesama muslim..tp balasan tuhan xtgu la… hari pertama kedua ramai la org… lepas tu lengang xde yg nk singgah… betul x

anyway thank coz sudi jejak ke blog nie… salam perkenalan dari saya

cantik gambar dlm bilik tue,kalau bilik aku cam tue..pergh best…best

Nak bilik macam tu kena ajar diri jangan bersepah lah. Cantik penting juga tapi kalau dapat bilik selalu bersih pon dah ok.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.