Bolehkah Bekerja Tanpa Motivasi?

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Aspirasi Diri, Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 11-10-2009

5

motivasi-kerja copySaya menulis kebanyakkannya adalah berkaitan dengan motivasi kerjaya. Adakah perkara-perkara yang menyuntik motivasi ini sangat diperlukan dalam kerjaya? Atau mungkin memadai anda menjawap, “Ala..saya memang dah bermotivasi tinggi. Tak perlu lagi sesuatu yang dapat membangkitkan motivasi saya.”

Tapi bolehkah anda bekerja tanpa motivasi? Jika saya jawapnya tentulah boleh. Tapi akan banyak kekurangan yang akan bersama anda. Anda mungkin bekerja, tetapi kerja yang anda laksanakan hasilnya tidak sebaik orang yang bermotivasi. Anda mungkin bekerja tetapi anda hilang rasa keseronokkan bekerja. Bekerja semata-mata kerana memerlukan gaji. Anda akan hilang semangat. Langkah anda ke tempat kerja akan longlai. Wajah anda akan berkerut memikirkan untuk melihat wajah bos anda yang selalu memarahi anda.

Apa yang terlintas di fikiran anda, anda ingin menjauhkan diri dari tempat kerja. Kalau boleh ingin terus berhenti dan mencari kerja lain. Teguran yang sedikit pun akan dianggap besar impaknya pada anda. Perasaan tidak puas hati akan terus bersarang di hati anda. Betul atau tidak? Tanyalah hati anda!

Itulah perbezaan ketara bekerja dalam keadaan bermotivasi dan sebaliknya. Produktiviti pekerja akan menurun kualiti dan kuantitinya. Dan perkhidmatan yang dihasilkan pula memberikan peratusan yang berbeza. Persoalan yang sering timbul ialah bagaimana untuk terus menjadi pekerja yang bermotivasi? Sebagaimana yang disebut oleh Matthew Stasior “You must motivate yourself Everyday?”

Insya Allah saya akan jawap persoalan ini.

Comments (5)

Salam,

Bagi saya motivasi perlu sentiasa diberikan dan di tingkatkan untuk memperingati diri kita khususnya dalam mengejar matlamat yang ingin dicapai

Haris: Motivasi akan membantu agar matlamat yang ingin dicapai, agar dapat terus dirangsang.

As-salam..

Saya juga amat bersetuju yg kita perlu di motivasikan setiap hari.Kita kena ingat, semangat kita ada pasang surutnya.Ada kalanya semangat kita tinggi.Time tu apa masalah pun kita boleh harungi.Tetapi ada kalanya semangat kita jatuh merudum..

Jadi kita kena senantiasa pastikan semangat atau motivasi diri kita sentiasa berada pada tahap terbaik agar segala bentuk masalah yg datang dpt kita lepasi dengan mudah..

Kita selalunya hanya mementingkan makanan zahir shj ( makan dan minum) sedangkan jiwa kita juga memerlukan makanan setiap hari…

sangat perlukan motivasi..kerana mmg dah lupa diri kalau x der motivasi diri,,yang penting blog nie best…

Salam,

Erm..menarik juga persoalan saudara.Bagi saya bekerja tanpa ada motivasi boleh …cuma kurang produktiviti dan tak sebaik yg bermotivasi..Kelemahan orang yang kurang motivasi ..kemungkinan buat kerja sambil lewa,kadang2 segala masalah dalam kerja amat sukar diatasi berbanding kekuatan org yg ada motivate ni..bila ada masalah akan dijadikan satu peluang bukan satu bebanan.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.