Bonus Dalam Kerja

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 15-10-2009

7

bonusBonus! Sememangnya dinanti oleh setiap mereka yang bekerja. Tidak kiralah apa jua kerja yang anda lakukan. Selalunya kita melihat selepas bajet tahunan negara kita, pastinya yang amat dinantikan oleh mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.

Bonus dalam kerja bukan sekadar wang yang diterima. Namun dari sudut motivasi kerja, bonus umpama ‘booster’ untuk memberikan ransangan kepada pekerja untuk terus menikmati keghairahan dalam bekerja. Bonus diberikan sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kerja yang anda lakukan bertungkus-lumus untuk majikan anda. Bonus juga bermaksud majikan berkongsi keuntungan yang diperolehinya kepada anda.

Bonus selalunya kerajaan berikan dalam bentuk wang. Namun mungkin dari sudut yang lain bonus boleh diberikan dalam bentuk inisiatif yang lain, seperti kenaikan elaun-elaun tertentu, kenaikan pangkat, pakej pelancongan bagi pekerja cemerlang dan hari keluarga sedikit sebanyak membantu menaikkan tahap motivasi anda sebagai pekerja.

admin: Bersyukur pada Allah kerana dapat bonus semalam. Terima kasih pada majikan saya Fitrah Power Resources.

Comments (7)

Assalaamu’alaikum…

Alhamdulillah…. kalau ini yang pertama, bermakna ia satu bonus buat saya untuk menceriakan dunia penulisan yang indah dan menyenangkan. Pertamaaaaaaaaaaaz ke ni…he..he… salam mesra.

Assalaamu’alaikum

Yap… tiada manusia yang tidak mahu bonus atau ganjaran daripada majikannya. Ia suatu rangsangan yang boleh menggerakkan kekuatan dalaman buat kita terus maju dan maju bagi meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya.

Dengan adanya ganjaran yang diberi dalam pelbagai bentuk oleh sang majikan, maka kita akan rasa lebih ceria, segar, seronok untuk menghadapi tugas dan masa depan. Oleh itu, para majikan yang budiman di luar sana..Berikanlah upah yang baik buat penat lelah yang dilakukan oleh pembantu kerjaya anda. Tanpa pekerja siapalah majikan.

Selain dari bonus berbentuk wang, bonus-bonus harian yang berbentuk penghargaan kata dan gerak laku juga patut diluahkan setiap masa oleh majikan atau sesiapa yang menjadi ketua dalam sub-sub organisasi. Penghargaan kata-kata yang dihulurkan setiap kali selesai pekerja kita melakukannya adalah “BONUS PALING BERHARGA” buat nilai diri dan maruah pekerja itu. Ia satu penghormatan yang tinggi buat yang menerima walau hanya dengan ucapan terima kasih berserta pujian yang diiringi dengan senyuman yang menawan. Cukuplah ia sebagai satu bonus harian. Saya pasti pekerja anda akan tersenyum sepanjang masa dan tidur lena malamnya.

Dengan ucapan tersebut, para pekerja akan lebih bersemangat kerana kerja dihargai oleh majikan atau ketua mereka. Jangan lokek memuji dan memberi senyuman. Anda akan beruntung kerana disayangi dan dihormati oleh pekerja anda.

Namun, NAMUN BONUS PALING BESAR DAN TINGGI NILAINYA adalah bonus dari Yang Maha Esa. Yang tidak boleh digantikan dengan nilai wang ringgit dan harta benda iaitu KASIH SAYANG-NYA kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa yang dibalas dengan SYURGA yang indah. Mudahan kita semua ditempatkan di dalamnya atas amal jariah yang kita usahakan di dunia untuk meninggikan syiar Islam dan kedaulatan agama Islam di muka bumi ini.

Salam mesra buat Motivasi Kerja @ AloNG yang selalu menceria dan memotivasikan kerja saya dalam sehari-hari ini… he…he..

Waalaikum salam. Bonus memang menjadi sebahagian motivasi diri dan motivasi kerja bagi mereka yang bekerja. Tetapi jangan mengharapkan bonus kalau kerja tak seberapa. Teruk tu!

Bonus mcm vitamin…cukup vitamin, cergas ler kita bekerja…aku bg bonus pd diri sendiri jer…hee

hehehe.. seronok kan dapat bonus… rasa bersemangat sikit nak kerja….

Assalamualaikum nurya. Terima kasih kerana singgah di blog ini. Memang, rasa semangat sikit bila dapat bonus.

Cari Kerja Online…

Pelbagai kerja kosong di tawarkan di agensi- agensi kerajaan seperti dibawah:-…

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: