Bos Paling Mahal (1)

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 10-03-2010

11

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini tip baik buat anda yang mempunyai staf di bawah anda. Senang cerita kepada anda yang bergelar bos, ada tip untuk anda menjadi paling mahal daripada bos-bos yang lain. Cubalah lakukan dan anda perhatikan bagaimana anak buah anda mula menghormati anda bahkan menyayangi anda dua kali ganda.

Catat setiap kali anak buah memberikan pandangan

Anda pasti terkejut dengan tip pertama ini. Selalunya anak buah anda yang perlu mencatat arahan yang anda berikan. Antara kesalahan bos mereka sering mengabaikan aduan anak-anak buah mereka. Langsung tidak mencatat apa yang mereka harapkan dari anda sebagai bos mereka. Akibatnya anda semakin lama semakin tidak disayangi oleh staf di bawah anda. Bos yang hebat akan mencatat apa jua luahan masalah yang cuba disampaikan oleh pekerja anda kepada anda. Ingat ini tip kepada mereka yang ingin menjadi bos paling mahal.

Tanyalah masalah mereka sebelum mereka meluahkannya

Wow! Maknanya seorang bos perlu selalu tengok air muka anak buah ke? Saya jawab ye. Sebagai bos yang mahal anda jangan ingat tiada aduan bermakna masalah organisasi anda tiada. Anda silap jika berfikiran demikian. Percayalah anda bertanya sudah cukup membuatkan pekerja anda hilang masalah mereka. Mereka percaya bos mereka tidak hanya mengharapkan kekayaan untuk syarikat atau organisasi, tetapi turut menghargai kewujudan mereka di organisasi tersebut. Hulurlah bantuan walaupun dengan hanya kata-kata nasihat dan kata-kata motivasi. Bos yang mahal akan melakukan perkara ini dan sentiasa ambil perhatian terhadap masalah staf di bawah mereka. Ingat ini tip kepada mereka yang ingin menjadi bos paling mahal.

Comments (11)

salam.syukur Alhamdulillah suri dapt bos yang sempoi..dan stady.. :shocked:

Salam hormat.

Banyak benar kata-kata motivasi yang boleh saya ambil untuk pedoman dalam kerjaya saya. Tahniah untuk Motivasi Kerja kerana memanfaatkan kurniaan Tuhan untuk membantu sesiapa sahaja.

Salam kenal dari saya blogger baru di dunia maya.

IndahKasihku: Salam perkenalan dari saya juga buat saudari. Semoga ukhuwah indah dapat dibina melalui coretan maya ini.

Maaf to say sy dapat boss yang langsung tak sensitif dengan setiausahanya sendiri. malahan setiap tahun appraisal sy below expectation. macam mana tu?huhuhuhuh

ass. indahnya punya atasan yg sll mau mendengar and mau melaksanakan saran dr bawahannya…….?????

salam..bosku mana ada buat bgtu..suri slu cakop dia just senyumm jer.tapi jika lupa dia ktwa dan sgra minta suri ingatkan kmbli…huuhu

Suri: Stady ke steady? Ok lah tu dapat bos sempoi.

Jil Hamid: Sepatutnya tidak begitu. Selalu yang kita dengar bos rapat dengan SU. Bahkan yang intim dengan SU pun ada. SU adalah orang yang selalu bos akan jumpa. Kalau tak ngam dua orang memang susah nak kerja.

Suri: Suri jadi SU bos ke? Wow. nanti kongsikan pada saya tugas sebagai SU boleh? Sangat membantu untuk blog saya.

Lebih menyedihkan bila dapat bos yang lebih suka menurunkan motivasi pekerjanya dengan kata-kata kritikan yang negatif berbanding positif.. :wink:

Cik Yana: Memang ramai bos selalu tak perasan yang dia telah menjatuhkan motivasi pekerjanya. PAda saya bukan mudah nak terapkan soft skill dalam kerjaya. Bos yang hebat juga adalah bos yang dapat mengeluarkan potensi diri pekerjanya.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.