Carrot And Stick Management

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 03-02-2010

7

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda pernah membaca tentang carrot and stick management? Mungkin ianya sesuatu yang baru dalam minda anda. Saya berikan bayangan kepada anda. Anda pernah melihat satu pertunjukkan sarkas bukan? Di kaca tv atau di funfair selalunya ada rancangan sarkas. Anda pasti lihat aksi badut dan juga seekor monyet. Selalunya badut akan menggunakan satu cemeti untuk memberikan arahan. Di sinilah ’stick’ memainkan peranan agar monyet tersebut mengikut arahan yang diberikan. Selepas monyet itu melakukan aksi-aksi tertentu maka badot sarkas akan memberikan pisang sebagai upah kepada monyet tersebut.

Dalam sudut organisasi adakalanya anda bekerja keras setiap masa. Anda menerima pelbagai arahan untuk siapkan tugasan. Sehinggakan anda dapat rasakan bebanan kerja yang anda hadapi setiap hari. Tekanan kerja, tekanan perasaan semuanya dirasakan memenuhi diri anda. Anda perlu melakukan tugasan tersebut kerana anda akan diberikan hukuman terhadap kegagalan anda.

Namun jika anda berjaya menyelesaikannya anda diberikan upah atau ganjaran yang yang berpatutan. Anda diiktiraf dari sudut kerjaya anda. Penghargaan akan diberikan kepada anda di atas kesukaran dan pengorbanan yang telah anda lakukan. Sekali dilihat mungkin takut apabila terpaksa berdepan dengan hukuman jika tidak dapat menyelesaikannya. Tetapi ganjaran besar menanti anda jika anda mencabar diri untuk melakukannya. Carrot and stick management ini sebenarnya adalah satu sistem pengurusan yang dilaksanakan di negara-negara maju. Bahkan sebahagian organisasi di negara kita pun turut melaksanakannya sebagai satu bentuk pengurusan dalam organisasi.

Saya merujuk definisi kepada sistem ini di http://en.wikipedia.org/wiki/Carrot_and_stick

“Carrot and stick (also “carrot or stick”) is an idiom that refers to a policy of offering a combination of rewards and punishment to induce behavior. Some claim that this usage of phrase is erroneous, and that in fact comes from the figure of a carrot on a stick. In this case, the driver would tie a carrot on a string to a long stick and dangle it in front of the donkey, just out of its reach. As the donkey moved forward to get the carrot, it pulled the cart and the driver so that the carrot would always remain out of reach.”

Carrot and stick (also “carrot or stick”) is an idiom that refers to a policy of offering a combination of rewards and punishment to induce behavior. Some claim that this usage of phrase is erroneous, and that in fact comes from the figure of a carrot on a stick. In this case, the driver would tie a carrot on a string to a long stick and dangle it in front of the donkey, just out of its reach. As the donkey moved forward to get the carrot, it pulled the cart and the driver so that the carrot would always remain out of reach.

Comments (7)

salam ceria pada tuan rumah..
hurm..teringat pula pada bonus..huuhu..kalu dapat lbih tu ok juga Alhamdulillah..tu yang buat kita rajin berkerja sikit.tapi kalu dapat ciput je..uhuuh..apa nak bauat kerja sajalah..

Salam,

Hmm..satu bentuk motivasi yang baru bg saya ni. Bagus untuk motivasikan diri untuk lebih sukses dalam kerja. Terima kasih. :)

Suri: Bila kerja nak kejar bonus, bila tak dapat nanti motivasi kerja jatuh. Tapi kalau bekerja kerana tanggungjawab dan amanah Insya Allah rezeki akan diberikan Allah.

Nozi: Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat saya berikan gambaran pada Akak.

yer tul tu along..kita kerja kena dengan hati yang ikhlas..barulah kita akan dapat rezeki yang berkat

Carrot and Stick management, nilaian yang positif sebab saya setuju cara pengurusan ini, carrot and stick bantu membantu thats mean kerjasama lah kan, supaya kerja cepat mendapat pencapaiannya. Gangaran wow! bolehlah menabung untuk masa hari tua.

Ana: Ini antara sistem kerja yang memang banyak diamalkan di organisasi terutama di Barat. Kalau kerja dilakukan dengan komitmen yang baik dan hasilnya lumayan maka orang itu akan dapat habuan dari majikannya, jika sebaliknya pasti akan menerima hukuman atas kelalaian kerja yang dilakukan.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: